Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, July 30, 2015

KENYATAAN MEDIA PEMECATAN PEGUAM NEGARA MELANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN SIASATAN KES 1MDB DAN AKAUN MISTERI PERDANA MENTERI?

1. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan beberapa orang lagi Menteri digugurkan. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari ini atas alasan kesihatan. Saya akan mengulas berkaitan rombakan kabinet ini pada kesempatan yang lain. Sebagaimana yang kita maklum, pengguguran atau pelantikan mana- mana Menteri adalah bidang kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Bagi saya, peristiwa pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah lebih serius dan memerlukan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan. Seorang Peguam Negara, walaupun memegang jawatan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, hanya boleh diberhentikan dengan menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perkhidmatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan.

3. Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh diberhentikan atas alasan-alasan yang dinyatakan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan iaitu atas sebab salah laku, hilang upaya melakukan tugas sama ada atas sebab kelemahan tubuh badan atau akal fikiran atau atas apa-apa sebab lain yang menyebabkan dia gagal menjalankan tugasnya. Namun dalam keadaan wujudnya alasan-alasan untuk memecat seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara, Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong tidak boleh membuat pemecatan begitu sahaja. Tetapi hendaklah ditubuhkan suatu tribunal dan hanya atas saranan dari tribunal tersebut barulah Yang Dipertuan Agong boleh memecat Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara.

4. Malangnya di dalam kes Gani Patail ini, tiada sebarang tribunal ditubuhkan bagi memberi rekomendasi kepada Yang Dipertuan Agong sebelum Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara. Dalam keadaan berlaku perlanggaran Perlembagaan secara terang-terangan ini yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, ianya seolah-olah bakal mengheret negara ini ke dalam suatu Krisis Perlembagaan sekali lagi mengulangi peristiwa pemecatan secara tidak sah yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988. Saya juga melihat penamatan jawatan Gani Patail dengan hanya melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang makluman rasmi kepada beliau bukan sahaja melanggar Perlembagaan dan undang-undang bahkan ianya kelihatan sangat biadap dan tidak menghormati institusi Peguam Negara itusendiri.

5. Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba- tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri? Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk akal kerana Tan Sri Ghani terus kekal sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga tempoh bersara wajib beliau pada 6 Oktober 2015. Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah? Apakah penamatan Gani Patail adalah suatu "pre-emptive strike" untuk menghalang pendakwaan dijalankan ke atas orang-orang tertentu memandangkan hanya Peguam Negara sahaja yang berkuasa untuk menjalankan pendakwaan jenayah di Mahkamah? Saya menuntut agar Perdana Menteri segera menjawab persoalan ini.

6. Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara ini yang borpotensi untuk menjerumuskan Malaysia ke dalam jurang yang sangat merbahaya, saya juga menyeru supaya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia segera bertindak mengumpulkan kesemua Ahli-ahli Parlimen yang progresif dan bersatu hati di dalam menghentikan kebobrokan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional bagi menggerakkan suatu inisiatif untuk menyelamatkan Malaysia. "Selamatkan Rakyat Dan Negara Yang Kita Cintai!"

Amanah Warisan Rakyat Malaysia. Untuk yang bersih dan telus.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat