Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, May 30, 2015

Hala tuju rasionalisasi 1MDB??? Melangsaikan hutang ( RM3.57 bilion ) kepada sindiket pinjaman bank antarabangsa?

Kuala Lumpur (RM3.66 bilion) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan pada Jumaat selepas membentangkan pelan Hala Tuju atau rasionalisasi 1MDB di mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Menurut beliau, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana IPIC akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Jelas Ahmad Husni, perjanjian itu merupakan langkah besar ke arah mengurangkan beban hutang 1MDB, serta bahagian penting daripada usaha rasionalisasi seperti yang dibentang di Kabinet hari ini.

Katanya rancangan rasionalisasi itu dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan.

Selain itu, beliau juga berkata Kementerian Kewangan akan terus kekal sebagai pemegang saham utama dalam Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia, di mana kedua syarikat itu akan turut menjana pendapatan untuk 1MDB menerusi peningkatan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga.

"Hasil yang diperolehi akan digunakan untuk perbelanjaan modal dan untuk mengurangkan hutang 1MDB," kata Ahmad Husni.

Menurut beliau lagi, kedua-dua syarikat tersebut juga akan ditubuhkan sebagai syarikat-syarikat yang berdiri sendiri, dengan penuh autonomi dan akauntabiliti terhadap prestasi operasi dan kewangan mereka seperti mana yang dicapai Edra Tenaga.

Terdahulu, Kementerian Kewangan telah membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat, dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi  yang dilemparkan kepada syarikat milik kerajaan itu.

Kenderaan para menteri Kabinet dilihat mula memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada kira-kira 9.00 pagi tadi dan dilihat keluar dari situ pada jam 12.40 tengah hari.

Mengulas lanjut tentang Hala Tuju 1MDB, Ahmad Husni turut menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.

Beliau juga mengharapkan agar pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat