Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, January 13, 2015

Terkini: APMM tahan bot Nelayan Indonesia.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan bersama empat awak-awak warga Indonesia kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara pada 11 Jan lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Abdul Razak Johan berkata bot itu ditahan di kedudukan lebih kurang lapan batu nautika dari barat Pulau Jarak oleh kapal APMM, KM Marlin.

"Bot itu didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran dan nama. Awak-awak mengaku berasal dari Tanjung Labu, Indonesia dan telah keluar ke laut pada 3 Januari lepas untuk menangkap ikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bot sepanjang 12 meter, lebar tiga meter dan seberat tiga ton bersama empat awak-awak yang berusia antara 23 dan 45 tahun itu ditunda ke Lumut untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram iaitu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. - BERNAMA.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat