Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, January 28, 2015

Helikopter Tenteta Vietnam terhempas empat anggota tentera terkorban.

HANOI: Sebuah helikopter buatan Amerika Syarikat (AS) yang pernah digunakan semasa Perang Vietnam, terhempas dalam misi latihan di negara Asia Tenggara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat anggota tentera terbunuh.

Timbalan Ketua Turus Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan, berkata helikopter Huey itu hilang dari radar kira-kira lapan minit selepas berlepas dari pangkalan udara di Bandaraya Ho Chi Minh.

Punca nahas masih belum jelas namun helikopter itu ditemui terhempas di sebuah ladang di pinggir bandar ini.

Beliau berkata, pesawat berkenaan pada asalnya milik tentera AS tetapi dirampas oleh tentera komunis selepas perang berakhir pada tahun 1975.

Media tempatan melaporkan, tentera Vietnam menguasai hampir 50 helikopter Huey milik AS selepas perang berkenaan dan kebanyakannya masih digunakan untuk misi latihan ketenteraan dan operasi mencari dan menyelamat.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat