KUALA
LUMPUR: Saham syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau
ini, AirAsia, jatuh hampir lapan peratus pagi ini selepas sebuah pesawat
AirAsia Indonesia dengan 162 penumpang dan anak kapal hilang semalam.
Saham AirAsia jatuh 12 peratus kepada RM2.60 pada pembukaan sebelum
naik sedikit pada RM2.71, masih jatuh 7.82 peratus pada 11.15 pagi.
Pesawat Airbus A320 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. - AFP
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.