Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, December 28, 2014

Terkini: Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersama rakyat Malaysia.

Sembilan pesawat digerakkan dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Brig Jen Zahani Zainal Abidin berkata sembilan pesawat itu ialah tiga helikopter EC725, dua helikopter Nuri, satu pesawat Super Lynx Navy, satu pesawat Fennec Navy, satu pesawat A109 dan satu pesawat AW139.

Kesemua sembilan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini digunakan dalam “Ops Murni” untuk menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan minyak. 

Bagi tempat-tempat yang tidak dapat mendarat, TUDM menggunakan kaedah ‘winching’ dan ‘low hovering’ untuk menghantar bekalan makanan, 25 misi termasuk 16 misi menghantar bekalan makanan, tujuh misi menghantar bahan perubatan dan tiga misi menyelamat mangsa dilakukan sejak Rabu lepas.

Sebanyak 800 liter minyak diesel (sehari) turut dihantar ke Hospital Kuala Krai, Hospital Tanah Merah, Hospital Tumpat dan Hospital Pasir Mas melalui Ops Murni.

Amar Yusoff's photo.
 
 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat