Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, December 13, 2014

Terkini: Ali ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Sumber SuaraTV ketika dihubungi berkata Ali telah ditahan pihak berkuasa Dublin. Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.


Menurut Ali beliau telah ditahan dan akan dihantar pulang.“Aku diangkut interpol.. Sultan Johor  punya balaci ada sekali.

“Malam ni dibawa pulang ke Malaysia.. esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari..” ujarnya. Walau bagaimanapun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Wisma Putra.

Ali sebelum ini berkata tekah memohon suaka politik dan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu. Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat