Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, December 14, 2014

Terkini: 1MDB lapor keputusan penuh tahunan diaudit untuk 12 bulan berakhir 31 March 2014

1MDB mengumumkan keputusan penuh tahunan untuk12 bulan berakhir 31 Mac 2014, satu lagi tahun yang produktif untuk kumpulan di mana ia memperoleh beberapa aset tenaga dan hartanah berkualiti tinggi untuk portfolionya yang semakin berkembang.      

Kumpulan mencatatkan kerugian berjumlah RM665.3 juta untuk tahun kewangan ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.  

Nilai pangkalan aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 billion kepada RM41.9 billion.  

Jumlah keseluruhan pendapatan meningkat 64% daripada RM2.6 billion kepada RM4.3 billion, mencerminkan kualiti portfolio aset-asetnya yang sedang dibangunkan dan kekukuhan penjanaan pendapatan.    

Pangkalan aset berkualiti tinggi ini disokong oleh wang tunai yang kukuh dan simpanan yang sepadan berjumlah RM16.7 billion, dengan perniagaan berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai perbelanjaan modal yang besar bagi 12 – 24 bulan akan datang, dan menyediakan ruang yang luas untuk mencapai keperluan pembiayaan masa depan.  

Fokus utama untuk perbelanjaan modal dalam tahun kewangan berikutnya termasuk projek yang diperoleh oleh anak syarikat tenaga kami dan pembangunan berterusan TRX, yang merupakan hub kewangan pertama Kuala Lumpur, oleh anak syarikat hartanah kami.    

Sejak penghujung tahun kewangan pada Mac 2014, 1MDB telah menebus sejumlah lebih RM4 billion daripada pelaburan kami dalam Syarikat Portfolio Berasingan (Segregated Portfolio Companies) yang berdaftar di Cayman Islands, dengan bakinya dijangkakan untuk diperolehi sepenuhnya pada November 2014. Dividen sebanyak RM435 juta daripada pelaburan ini juga telah diperolehi selepas tahun kewangan berakhir Mac 2014 dan akan dimasukkan ke dalam akaun tahun kewangan seterusnya berakhir Mac 2015.   

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hazem Abd Rahman berkata: 

"Kami mengekalkan fokus kami kepada mengembangkan pangkalan aset syarikat dan kapasiti pelaburan. Ini telah dipacu oleh perbelanjaan modal yang besar dalam jangka pendek, yang menyebabkan kerugian yang telah dijangka untuk tahunan kewangan ini disebabkan kenaikan jumlah pinjaman".

"Walau bagaimanapun kami yakin bahawa aset-aset berkualiti tinggi dan projek yang telah diperolehi akan memacu perniagaan kami ke hadapan serta memastikan pertumbuhan dalam jangka masa panjang".

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat