TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, November 23, 2014

Terkini: Malaysia dan Indonesia berkerjasama menjaga perbatasan.

TAWAU: Empat lagi pos kawalan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan diwujudkan tahun depan bagi mengatasi permasalahan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Panglima 5 Briged Tentera Darat, Jeneral Jalaluddin Manan, berkata dua daripada pos kawalan berkenaan akan dibina di kawasan Indonesia dan dua lagi di kawasan Malaysia iaitu antara Sebatik hingga ke Long Pasia.

Dengan adanya pos kawalan ini, katanya aktiviti jenayah melalui jalan tikus atau tidak sah dapat dikekang di kawasan sempadan kedua-dua negara.

"Kegiatan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) juga dapat dipantau dan dibanteras dengan lebih baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran Rondaan Bersama/Patroli Terkoordinasi di Pos Serudong dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Korem TNI, Brigedier Jeneral Nono Suharno.

Setakat ini, terdapat dua pos bersama iaitu di Semanggaris, Indonesia dan di Selikoh, Malaysia dengan 10 anggota setiap negara berada di pos kawalan bersama itu sepanjang masa.

Jalaluddin berkata, penambahan pos kawalan berkenaan bukan sahaja akan meningkatkan indeks keamanan di kedua-dua negara malah mengurangkan kadar jenayah di kawasan sempadan.

Penambahan pos kawalan bersama itu juga akan membantu menyelesaikan percanggahan yang berlaku secara bersama khasnya membabitkan kawasan sempadan.

"Tentera adalah jentera kerajaan paling berkesan dalam mengawal sempadan kerana kita yang berada di barisan hadapan tahu di mana batu sempadan. Jadi, dengan adanya kerjasama seperti ini, percanggahan dapat diatasi," katanya.

Sementara itu, Nono berkata dengan penambahan pos kawalan bersama, kerjasama kedua-dua negara dapat diperkukuhkan lagi.

"Ia bukan sahaja memperkecil peluang jalan-jalan tikus untuk menjalankan kegiatan jenayah seperti dadah, penyeludupan, PATI, tetapi yang lebih penting membersihkan kawasan sempadan daripada kegiatan jenayah.

"Malah, dalam aspek keselamatan, dua negara akan lebih terpelihara kerana wujudnya kerjasama dalam aspek penugasan dan membuat perancangan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat