Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, September 29, 2014

Mutakhit: Perancis Puji Malaysia

KUALA LUMPUR: Duta Besar Perancis di Malaysia Martine Dorance memuji Malaysia dan pengendali satelit MEASAT Global Berhad (MEASAT) kerana kejayaan melancarkan satelit terbesar dan paling canggih setakat ini, MEASAT-3b.


Beliau berkata pelancaran MEASAT-3b dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana, adalah penting bagi Malaysia untuk diiktiraf dalam industri satelit.

"Pelancaran MEASAT-3b juga penting bagi kerajaan Malaysia dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk memberi akses komunikasi lebih baik kepada rakyat, terutama mereka yang tinggal di pedalaman," katanya pada majlis pelancaran MEASAT-3B di Pusat Sains Negara di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah MEASAT, Tun Hanif Omar dan Pengarah Pusat Sains Negara, Prof Madya Dr Irmawati Ramli.

Dorance juga memberi jaminan bahawa kerajaan Perancis akan terus menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk acara sama, pada masa depan.

Beliau juga memuji usaha MEASAT mengembangkan minat pelajar dalam industri satelit dengan menjemput 400 pelajar dari seluruh negara untuk menyaksikan majlis pelancaran itu di Pusat Sains Negara.

"Saya kagum dengan MEASAT. Mereka juga menjemput pelajar untuk melawat pejabat mereka di Cyberjaya untuk memupuk minat pelajar dalam industri ini," kata Dorance.

Sementara itu, Hanif berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas sokongan besar dan komitmen kementerian terhadap pembangunan industri satelit.

Katanya, MEASAT-3b, satelit terbesar dan paling canggih setakat ini, adalah hasil kerjasama lebih tiga tahun antara MEASAT, pengeluar satelit, Airbus Defence and Space dan penyedia perkhidmatan pelancaran satelit, Arianspace.

MEASAT-3B dilengkapi 48 transponder Ku-band berkuasa tinggi bagi menyokong perkhidmatan video dan data merentasi Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

MEASAT-3B yang dimulakan pada Jun 2011 diletakkan sejajar dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3a di slot 91.5 darjah timur, untuk mewujudkan lokasi orbit berkuasa tinggi dan efektif di rantau ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat