TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, August 16, 2014

Dua lelaki ditemui mati dalam kenderaan di R&R Juru

BUTTERWORTH: Dua lelaki berusia 30-an ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dengan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan.

Pekerja stesen minyak itu pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki berkenaan tidur, cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

"Berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya, di sini, untuk bedah siasat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat