TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, July 7, 2014

Terkini:Pertahanan Malaysia perpaduan, keamanan negara.

Pertahan perpaduan, keamanan 
Muhyiddin bersama Idris (kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan PAYASUM di Seri Bendahara, Ayer Keroh, semalam. - Foto Khairunisah Lokman
 
Perpecahan menyebabkan negara huru-hara, rakyat menderita: Muhyiddin

Ayer Keroh: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam terus mempertahankan perpaduan dan mengelakkan sebarang perpecahan kerana ia menyebabkan negara huru-hara dan rakyat menderita.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata, wabak perpecahan yang kini melanda Libya, Syria, Iraq dan Mesir berpunca daripada persengketaan dan peperangan saudara kerana gagal mempertahankan perpaduan, sekali gus mengakibatkan rakyat sengsara. 
 
Cabaran besar umat Islam masa kini adalah mempertahankan perpaduan dan keamanan. Banyak contoh negara yang gagal mempertahankan konsep itu sehingga menyebabkan rakyat menderita” Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
 
Sehubungan itu, beliau menegaskan mengekalkan perpaduan adalah penting kerana ia dapat memperkukuhkan kekuatan umat Islam, khususnya di negara ini.
 
“Cabaran besar umat Islam masa kini adalah mempertahankan perpaduan dan keamanan. Banyak contoh negara yang gagal mempertahankan konsep itu sehingga menyebabkan rakyat menderita dan merana.
 
“Di Syria, 11 juta rakyat hilang tempat tinggal dan harta benda kerana perang saudara, manakala enam juta menjadi pelarian dan hidup miskin, selain ratusan ribu lagi termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri di Seri Bendahara di sini, malam tadi. Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron bersama lebih 2,000 penduduk dan pemimpin masyarakat negeri ini.

Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan raya kepada 100 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin Sungai Udang (PAYASUM).

Nikmati kemajuan dalam suasana harmoni

Timbalan Perdana Menteri berkata, berbeza di negara ini, umat Islam masih hidup dalam keadaan suasana harmoni, malah menikmati kemajuan pembangunan dan ekonomi yang didukung kestabilan politik.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini timbul bibit perpecahan kalangan umat Islam disebabkan perbezaan pandangan dalam isu berkaitan agama Islam.

Ada pihak cuba ambil kesempatan 
 
“Perpecahan itu kemudian diambil kesempatan oleh pihak luar untuk mengancam kedudukan Islam, malah ada pihak tertentu dalam negara juga cuba menangguk di air yang keruh.
 
“Sejak kebelakangan ini, wujud tekanan pelbagai pihak atas kedudukan Islam, seperti ada yang mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pelaksanaan undang-undang oleh Mahkamah Syariah,” katanya. 
 
Sehubungan itu, sempena Ramadan, beliau menasihatkan umat Islam meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan memperkukuhkan semangat kerjasama serta perpaduan, seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai negara Islam contoh.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat