Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, July 16, 2014

TERKINI:28 DITAHAN DALAM OP TAPIS BERSEPADU

Segamat, 16 Julai - Seramai 28 orang telah ditahan dalam satu Operasi Tapis Bersepadu yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sungai Endau dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kami telah membuat pemeriksaan terhad...ap enam buah jeti perikanan yang dilaporkan terdapat kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan nelayan dan penduduk setempat.

Menurut beliau lagi dalam operasi tersebut pihaknya telah memeriksa seramai 149 orang, di mana 144 orang daripadanya adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 28 orang telah ditahan yang mana 13 orang ditahan di bawah Akta Penagih Dadah, seorang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan selebihnya ditahan di bawah Akta Imigresen," ujar beliau lagi.

"Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti khususnya jeti-jeti yang terdapat di negeri Johor," tegas beliau.

Kerjasama ini adalah selaras dengan konsep Lautan Biru dan ia akan diteruskan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat