TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, July 27, 2014

Mutakhir: Pos kawalan polis dikhianat

Jasin: Sebuah pos kawalan polis yang terbabit dalam 'Ops Selamat' di Jalan Jasin-Bemban, di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga jam 7 pagi dan disedari anggota polis yang hendak memulakan tugas di situ.

"Polis percaya kejadian dilakukan oleh individu tidak berpuashati dengan tindakan pihak polis meletakkan pos kawalan Ops Selamat di kawasan terbabit.

"Secara logiknya pondok ini tidak akan terbakar sendiri jika tiada unsur khianat dilakukan oleh individu tertentu hingga memusnahkan beberapa peralatan di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427j Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat