Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, July 10, 2014

MUTAKHIR: MTEM LANCAR BUKU DEDAH KEBIMBINGAN KANDUNGAN TPPA UNTUK MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA – 10 JULAI 2014

Kerajaan sekali lagi telah menyatakan komitmennya kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Dari kenyataan terbaru kerajaan, perjanjian dagangan ini dilihat sebagai seolah-olah memihak kepada Malaysia.

Walau bagaimanapun, baik dari kerajaan mahupun daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed ada menyebut tentang apa yang sedang dirundingkan secara terperinci.

Kami bertanya kepada diri kami sendiri; apakah butiran-butiran yang memastikan TPPA memihak kepada kita? Apakah butiran dalam perjanjian yang akan memberi kesan terhadap perniagaan-perniagaan di Malaysia, alam sekitar dan perusahaan milik negara (SOE)?

Sebagai sebahagian dari usaha berterusan kami menyebar maklumat dan menangani kekurangan penglibatan fakta daripada kerajaan Malaysia, kami di Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ingin membantu memaklumkan kepada orang ramai tentang bahaya yang terkandung di dalam perjanjian TPP yang sedang dirundingkan oleh 12 negara TPPA termasuk Malaysia melalui penerbitan buku kami yang bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale".


Buku setebal 120 halaman ini akan dilancarkan sebelum majlis berbuka puasa tahunan kami pada Jumaat, 11 Julai, di Dewan Sultan Mohamad V, Kompleks Karangkraf, Shah Alam oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed yang turut vokal bersama-sama kami membantah daripada berlakunya perjanjian perdagangan bebas antarabangsa ini.

Buku ini memperincikan segala hujah dan debat dari Bantah TPPA yang jelas tidak menyokong perjanjian itu berdasarkan perbincangan merangkumi kesemua isu.

Antara topik yang dibincangkan secara terperinci termasuklah bab penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS), kesan ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan juga 75 garis merah kami.

Buku ini berfungsi sebagai bukti segala hujah-hujah kami terhadap TPPA tidak berpaksi kepada emosi tetapi berdasarkan fakta, dan warkah muktamad Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Bantah TPPA yang mempercayai seluruh rundingan dan proses rujukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak menyediakan kandungan kukuh yang diperlukan untuk semua pihak yang berkepentingan.

Buku 120 halaman ini juga bertindak sebagai input rasmi kami kepada kerajaan sebelum mereka mengeluarkan laporan interim analisis kos faedah (CBA) yang sehingga kini masih belum diterbitkan, walaupun telah dijanjikan Mustapa sejak Februari.

Kami juga ingin tekankan bahawa ianya sesuatu yang “lepas tangan” bagi kerajaan apabila tanpa rasa ragu-ragu memberitahu rakyat Malaysia bahawa manfaat TPPA melebihi kos tanpa menyelidik mana-mana laporan yang lengkap dan merujuk kepada pihak berkepentingan untuk maklum balas sewajarnya.

Dari pihak Bantah TPPA, kami menggalakkan semua pihak yang berkepentingan untuk membaca buku ini dan seterusnya melibatkan diri secara langsung dalam proses interaksi bersama pihak berkuasa yang berkaitan dalam satu wacana intelektual untuk membuktikan bahawa kita tidak mendapat manfaat daripada perjanjian ini tanpa membayar harga yang tinggi.

Kami ingin ingatkan semua pihak yang berkepentingan bahawa menerusi buku ini, kami ingin tekankan bahawa TPPA bukan sahaja akan menjejaskan rakyat Malaysia hari ini, tetapi juga generasi akan datang dan masa depan negara kita yang makmur.

Sementara itu, majlis pada hari yang sama juga akan melancarkan gerakan "Kolektif G" yang akan bersama-sama membawa pergerakan keusahawanan belia dari pelbagai industri untuk membantu pertumbuhan di samping menyokong kesejahteraan keusahawanan mereka.

Kolektif ini akan bertindak sebagai sebuah gerakan penyatuan di samping mewujudkan ekosistem keusahawanan pelbagai.

Ini bertepatan dengan aspirasi pelbagai pemimpin industri dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti usahawan, terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu muda.

MOHD NIZAM MAHSHAR
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat