KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meningkatkan pemantauan terhadap pelajar Malaysia di luar negara terutama di Asia Barat bagi mengelakkan mereka direkrut organisasi tertentu untuk menyertai kegiatan militan.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT), Anuar Zainal Abidin, berkata pihak kedutaan khususnya perlu sentiasa mengawasi kegiatan dan aktiviti pelajar kerana usaha merekrut itu berlaku tanpa disedari.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT), Anuar Zainal Abidin, berkata pihak kedutaan khususnya perlu sentiasa mengawasi kegiatan dan aktiviti pelajar kerana usaha merekrut itu berlaku tanpa disedari.
Beliau mengulas laporan mengenai penyertaan rakyat negara ini dalam pertubuhan militan di Asia Barat dan kemungkinan adanya aktiviti merekrut pelajar Malaysia untuk tujuan itu di sana.
Menurut Anuar, golongan yang mudah terpengaruh sebenarnya mempunyai pengetahuan amat rendah tentang Islam, kurang fasih berbahasa Arab dan tidak memahami objektif penubuhan dan perjuangan sesuatu pertubuhan itu.
"Jika mereka mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan bijak menilai objektif penubuhan sesuatu organisasi berkenaan, mereka pasti tidak akan mudah terpengaruh," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan pertubuhan militan seperti Islamic State in Iraq and the Levant (ISIL) mengamalkan perjuangan berasaskan persaudaraan dan bukan jihad yang sebenar.
Sementara itu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir agar mempertingkat tahap keselamatan masing-masing berikutan tunjuk perasaan yang dirancang hari ini sebagai memperingati setahun peristiwa rampasan kuasa di negara itu.
PMRAM mengingatkan mereka supaya sentiasa membawa dokumen pengenalan diri selain memastikan dokumen maklumat diri sentiasa disimpan, berwaspada ketika berinteraksi dengan orang tempatan di kawasan kediaman serta tidak membawa sebarang buku politik Mesir atau apa-apa yang mencurigakan.
"Jangan menyertai mana-mana tempat perkumpulan awam dan kawasan yang menjadi tumpuan pentadbiran serta elakkan daripada pergi ke tempat perhimpunan yang mungkin membahayakan," menurut PMRAM dalam catatan di laman Facebook.
Sementara itu, Presiden PMRAM, Hanifulfuad Hussin, memberitahu BERNAMA situasi di Mesir ketika ini terkawal dan pelajar Malaysia masih meneruskan rutin harian termasuk bersolat tarawih di masjid bersama warga tempatan.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.