TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, July 24, 2014

KISAH RM0.50 YANG MENYENTUH HATI SAYA

Cikgu : Kenapa Adam tak rehat? 

Adam: Mak saya beri 50sen sehari Cikgu  kat kantin 50sen ni dpt beli nugget je sekeping, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget sekeping jaa . Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dapat la saya makan nugget ngan air sirap 50sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Adam tertunduk malu) 

Perasaan says mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya.


Cikgu : Kalau hari jumaat awak tidak pergi kantin la ya ? 

Adam : Oh .. hari jumaat duit 50sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jawab Adam dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya sudah berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak, sudahla duit ada 50sen, siap boleh sedekah pulak lagi. Ya Allah, limpah kan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didalam kemiskinan. 

Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 50sen yang di beri untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasin.mungkin cerita ini nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah.

Subahanallah .. Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni ... mulia dan bijak berbelanja lak tu Terharu dan merasa bangga jugak sebab masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yang sungguh matang.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat