TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, July 21, 2014

Iskandar Johor terima RM9.72 bilion pelaburan enam bulan pertama 2014

 
JOHOR BAHRU: Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia menerima pelaburan baru berjumlah RM9.72 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu sekali gus menjadikan wilayah pembangunan itu menerima pelaburan komited terkumpul RM146.2 bilion dari 2006 hingga 30 Jun tahun ini.
 
Sektor pengilangan mencatat pelaburan komited terkumpul tertinggi iaitu sebanyak RM50.54 bilion iaitu 35 peratus diikuti logistik (RM4.81 billion), pelancongan (RM2.67 bilion), penjagaan kesihatan (RM2.59 bilion), pendidikan (RM1.56 bilion), perkhidmatan kewangan (RM1.32 bilion) dan industri kreatif (RM0.4 bilion).


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata daripada jumlah itu, RM69.53 bilion atau 48 peratus adalah membabitkan pelaburan yang direalisasikan.

Katanya, pada tahun lalu, Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia memperoleh sejumlah RM25.33 bilion pelaburan dan hingga akhir tahun mengumpul pelaburan komited sebanyak RM131.64 bilion.

"Antara pelabur terbesar adalah The Hershey, pengeluar coklat berkualiti terbesar di Amerika Utara dengan jumlah keuntungan tahunan mencecah RM21 bilion.

"Dengan peningkatan jumlah pelaburan yang memberangsangkan ini, kami meletakkan keyakinan dan menjangkakan ia akan terus berkembang sepanjang tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), berkata syarikat berkenaan melabur sebanyak RM816 juta bagi tujuan pembinaan sebuah kilang gula berteknologi tinggi di kawasan seluas 40 hektar bersebelahan Senai Hi-Tech Park.

"Apabila ianya siap menjelang akhir tahun 2015, kilang berkenaan akan menjadi yang kedua terbesar dalam rangkaian pengeluaran syarikat Hershey di dunia dan mampu menghasilkan berpuluh juta produk keluarannya seperti coklat pepapan, Kisses Hershey dan Peanut Butter Cups.

"Kilang itu akan dibina menggunakan bakat tempatan dengan lebih daripada 80 peratus daripada adalah bahan binaan tempatan selain mewujudkan 400 peluang pekerjaan dengan 26 peratus daripadanya ialah jawatan berpendapatan tinggi membabitkan bahagian pengurusan dan teknikal," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat