TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, June 27, 2014

YTL PERLU TANGANI ISU JURANG PENDAPATAN MALAYSIA

Baru-baru ini, YTL Corporation Berhad diserang kerana kenyataan yang dibuat oleh pengarah urusan kumpulannya, Francis Yeoh. Yeoh dipetik berkata dia tidak pernah bergantung kepada "pemberian kerajaan" sambil mengulas untuk mengakhiri "kapitalisme kroni”.

Ini satu tuduhan berat terhadap kerajaan, dan pada masa sama merupakan satu penafian serius untuk Yeoh mengatakan bahawa dia bukan seorang kroni. Tuduhannya itu berhubung kait dengan rasuah, dan juga dianggap sebagai pecah amanah.

Bagi pihak MTEM, kami meminta Yeoh sebagai Pengarah Urusan YTL Corp untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah. Kemukakan juga bukti mereka bukan kroni.

Secara khusus, kami menuntut bukti dari Yeoh sendiri mengenai kenyataan YTL Corp telah kalah dalam perolehan kerajaan pada masa lalu, terutama ketika penubuhan YTL Power International sebagai pembekal tenaga bebas (IPP) dalam tahun 1990-an.

Dalam kenyataan Yeoh yang dipetik oleh media, kapitalisme kroni telah wujud selama 20 tahun. Namun beliau menidakkan dirinya sebagai seorang kroni, sebaliknya menggelarkan syarikatnya sebagai "inovatif”.

Jika sedemikian, dia perlu membuktikan “inovasi” ciptaan beliau.

Francis Yeoh juga perlu membuktikan bahawa apa sahaja kontrak beliau perolehi telah memanfaatkan rakyat Malaysia, terutamanya Bumiputera, dan bukan hanya ahli keluarga dan syarikat-syarikatnya.

Adakah terdapat apa-apa prospek perkongsian kekayaan yang dikongsi YTL bersama syarikat Bumiputera di luar sana, atau adakah ia sekadar "kronisme berinovasi" buat pihak syarikat dan pengarah urusannya?

Dalam laporan tahunan 2013, YTL Corp mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion, dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.8 bilion. Ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat induk pula adalah sebanyak RM13.3 bilion.

Jadi, apakah yang telah rakyat Malaysia dan Bumiputera perolehi daripada YTL dari segi ekuiti bernilai lebih RM13 bilion ini? Apa yang rakyat Malaysia dapat daripada program pembangunan vendor (VDP) dan kerja-kerja subkontrak mereka?

Dan juga, apa yang telah YTL sumbang semula secara langsung kepada rakyat, terutamanya Bumiputera, menerusi sektor pekerjaan?

YTL harus sedar bahawa segala keuntungan dan kekayaan yang dikaut dari lebih 13 projek kerajaan datang dari dompet pembayar cukai dengan niat untuk berkongsi kekayaan itu bersama rakyat.

Setelah apa yang kerajaan berikan kepada beliau melalui perolehan rundingan terus pada masa lalu dan sekarang, Francis Yeoh dan YTL perlu cermin diri mereka sendiri; apa yang telah beliau dan syarikat lakukan untuk menangani jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia?

Atau adakah orang seperti beliau yang telah melebarkan lagi jurang ini?

Ini mencetuskan persoalan kepada diri kita sendiri; bagaimana sebuah syarikat seperti YTL boleh menerima kontrak berbilion-bilion ringgit sementara bersepah-sepah syarikat-syarikat bumiputera kecil dan sederhana begitu perit untuk mendapat kelulusan pinjaman RM10,000.00 daripada agensi-agensi kerajaan seperti TERAJU atau PEMANDU atau TEKUN Nasional yang ditubuh untuk membantu rakyat Malaysia, terutamanya Bumiputera setiap hari?

MTEM menyeru YTL untuk mengambil kira apa yang telah mereka lakukan untuk membantu membangunkan negara dan kaedah pengagihan nisbah perkongsian kekayaan.

Bukan satu-satunya penyangak

MTEM tidak memandang YTL sebagai satu-satunya penyangak dalam perkara ini.

Terdapat banyak lagi syarikat-syarikat di Malaysia yang wujud hari ini selepas mendapat “keistimewaan” daripada kontrak rundingan terus yang bernilai beratus juta semasa zaman kemerosotan ekonomi dan tidak pernah dibayar balik hutang walau sesen pun kepada kerajaan.

Syarikat-syarikat sebegini dilihat sebagai tidak ikhlas membantu malah meremehkan pembangunan bumiputera sebagai agenda nasional. Kalau ada pun ia akan dipikul sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata.

Kesemua syarikat-syarikat sebegini, termasuk YTL telah sekian lama banyak mendapat manfaat, ihsan dari kerajaan tetapi jarang pula dilihat secara adil membalas balik jasa dalam jangka panjang terutama sekali di dalam menangani jurang pendapatan dan kekayaan negara.

Kepada syarikat-syarikat ini, MTEM mencabar mereka untuk tampil ke hadapan dan mengakuinya.

Di sini juga MTEM berbesar hati untuk menjadi hos satu persidangan meja bulat dan menjemput Tan Sri Francis Yeoh dan juga syarikat-syarikat lain di kapasiti yang sama untuk membincangkan perbezaan ekonomi di Malaysia yang kami anggap sebagai satu agenda nasional.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat