TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, June 14, 2014

US, Iran pertahan Iraq


TENTERA Amerika Syarikat dan Iran kini dilaporkan sedang merangka serangan ke atas Iraq bagi mempertahan negara tersebut dari ditakluk oleh kumpulan pemberontak Sunni.

Menurut Presiden AS, Barack Obama, Pegawai-pegawai kanannya kini sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi serangan udara dan penyusunan pertahanan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

Jelasnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi dan penggunaan tentera udara, laut, atau kedua-duanya serentak.

Dalam pada itu, tentera Iran yang diketuai oleh Mejar Jeneral Qassem Suleimani sedang bergerak menuju ke barat untuk bertemu degan pemimpin tentera dan ketua-ketua puak di Baghdad. 

Sejak berminggu yang lalu, kira-kira 7,000 pejuang jihad yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kumpulan Sunni atau Isis telah menyerang dan merampas bandar-bandar utama dan bandar bandar utara di sekitar Iraq sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan meninggalkan negara tersebut.

Sementara itu, Obama dalam ucapannya baru-baru ini berkata, perjuangan yang dibawa oleh kumpulan terbabit boleh menimbulkan ancaman yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan AS.

Beliau turut menyifatkan pemberontakan yang berlaku itu turut menjejaskan pengeluaran AS di Iraq.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tenteranya kini sedang bersiap-sedia untuk menghadapi segala ancaman yang bakal dihadapi oleh pihaknya.

Jumaat lalu, sumber dari The Guardian melaporkan bahawa sebuah pertempuran melibatkan pejuang Sunni dan tentera Syiah telah berlaku di dalam dan sekitar bandar Samarra.

Walau bagaimanapun menurut saksi, tempat-tempat suci tidak dirosakkan dan penduduk di bandar tersebut juga kekal selamat tanpa diancam oleh kumpulan terbabit.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat