TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, June 29, 2014

Terkini: Bahan kimia tertumpah di atas jalan.

Foto
HAZMAT melajukan semburan air bagi mengawal bahan kimia yang tumpah di laluan susur masuk di R&R Tapah.
Foto
BAHAGIAN yang bocor. 

TAPAH: Bahan kimia Copper Chloride Solution yang dibawa sebuah lori tangki bocor dan tertumpah di atas jalan dan memasuki longkang di Kilometer 332, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala selatan, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Tapah di sini tengah hari tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.58 tengah hari.

Beliau berkata, berikutan maklumat itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dengan dibantu pihak pengendali PLUS membuat sekatan di dalam longkang dan menutup injap pada tangki lori berkenaan namun masih berlaku kebocoran.

"Pihak HAZMAT (Pasukan Unit Bahan Berbahaya) kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil alih tugas membendung kebocoran," katanya.

Yahaya berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia turut memantau keadaan.

Sehingga jam 4.30 petang, tugas berkenaan masih dilakukan pihak HAZMAT.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat