Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, May 26, 2014

Dyana akui ibunya terlibat dengan penubuhan PERKASA.

TELUK INTAN – Calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat pernah terlibat dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

“Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa itu, ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan Perkasa.

“Ya, ketika itu beliau terlibat dengan Perkasa tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan Perkasa,” jelasnya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web Perkasa dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada tahun 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

“Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar Perkasa sebelum AGM itu…ibu saya seorang anggota Umno, saya bukan. Beliau mungkin terlibat dengan Perkasa, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu,” katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai Perkasa, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi anggota Perkasa. 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat