TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 29, 2014

PERKASA: Obama tambahkan ketegangan kaum.

Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa bukan Islam di negara ini perlu diberi peluang yang sama demi kemajuan.

Ini kerana, katanya, sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai bukan Islam.

"Kenyataan ini seolah-olah selama ini bukan Islam tidak mendapat hak dan layanan adil. Kalau benar, kenapa bukan Islam menguasai hampir 60 peratus ekonomi negara.

"Siapa miliki bangunan pencakar langit, gedung-gedung besar dan rumah kedai dalam bandar.

"Kerajaan membiayai sekolah jenis kebangsaan yang walaupun ada yang mendakwa bertentangan dengan perlembagaan," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Ahli politik veteran kelahiran Kelantan itu juga berkata pihak yang mendakwa negara ini menafikan hak bukan Islam adalah "orang kurang waras dan kurang akal".

Sebaliknya, Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas berkata kenyataan Obama itu hanya menambahkan suasana keruh antara kaum.

"Saya nak tanya Obama, layanan apa pihak Israel beri pada penduduk asal rakyat Palestin. Bercakap tak serupa bikin.

"Kenapa Obama tidak nasihat penduduk bukan Islam wajib menghormati kaum majoriti Islam?

"Obama seperti lain-lain presiden Amerika juga tidak telus.

Kedatangannya ke Malaysia dengan membuat kenyataan berat sebelah hanya menambahkan lagi ketegangan kaum yang membantu kepada kesalahan fakta dan fahaman," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat