TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, April 27, 2014

Gempar: Lawatan Obama ke Malaysia di dedahkan.

WARTAWAN AUSTRALIA JATUHKAN MARUAH ANWAR DIHADAPAN OBAMA.
LAWATAN PRESIDEN US BAIKI KEROSAKAN DITINGGALKAN AL GORE

Apabila seorang wartawan Australia bertanya  kepada Presiden Amerika Syarikat  Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang   Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya  maka tentunya Anwar  melompat  dengan kegembiraan.

Tetapi bagaimanapun jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh tertunduk malu, kecewa dan marah kerana  pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.

Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Najib sebagai seorang Refomer.

Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia  yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh  bekas kakitanganya sediri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Jawapan Obama selain dari menerima Najib sebagai seorang Reformer  telah menyatakan keyakinan bahawa Najib akan dapat memperbaiki  lagi  kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh  dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan  antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan  Obama kepada Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu  telah  mencedera parahkan imej Anwar ke taraf  yang sangat rendah.

Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan  pembelaaan  bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya  dahulu, ternyata salah perhetongan  sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama   kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap  rakyat Malaysia yang  meninggalkan sejarah hitam dalam   hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Lawatan  Obama  yang  jelas menampakan kerianganya   selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah  membina semula  kerosakan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dilakukan  oleh Al Gore.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat