Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya
fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.Gejalanya amat
menakutkan,lagi merosakkan.Pembaca yang amat dikasihi,Tibalah masanya
saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala
fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah
wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan
seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga
menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.Alhamdulillah,anak-anak
boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang
keterlaluan.
Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti
masyarakat,bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.Apabila
saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan
bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut,mereka boleh menerima
penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu
sangat berkesan.Cuma,mereka hairan,terkejut dan bertanya mengapa tidak
ada orang jawab bagi pihak saya.Saya mana ada pegawai,saya isteri
Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.Justeru,saya akan memberikan
sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat
menilai kebenarannya.Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama
'membunuh diri sendiri'.
1) ISU PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIIBUU,19 OKTOBER 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh
kejadian.Nauzubillah.Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak
jatuh di depan mata pun saya melompat lari.Saya juga takut gelap.Apa
lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi
pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.Pada tarikh itu
juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis
Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim
Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Apabila
saya difitnah dan media menyiarkannya,saya tidak diberikan
kekebalan.Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat
di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.
2) CINCIN BERLIAN BERHARGA RM24 JUTA
Saya berani bersumpah,cincin itu tidak ada di tangan saya.Memang cincin
itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada
ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan
anaknya dengan anak saya.Beliau adalah 'regular customer' kepada
jewelry Jacob & Co.Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut
oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.Berlian
berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15
April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York
menggunakan penerbangan House Airway,no bil: 1488134 dari ibu pejabat
Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.Ia sampai pada 16
April 2011.Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan
keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia
diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan
ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011
3) BERJOLI DI LUAR NEGARA
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami
menjalankan tugas.Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk
menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang
Malaysia lakukan.Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara
Dunia Ketiga dan Timur Tengah.Ini kerana negara-negara inilah yang
memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.Negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Jepun dan Korea sudah maju dan
kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau
negara yang memerlukan idea kita.Kita mahu buat kerja,bukan glamour.Saya
pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama
Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di
Riyadh tahun 2011.Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU)
Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan
Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity
(Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai
pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar
adab kesopanan wanita Timur.Untuk seorang wanita diterima di kalangan
pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah
sesuatu yang mudah.Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada
wanita.Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi
bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka
mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka
untuk menyampaikan ucapan.Masakan saya sempat untuk berjoli?
Lagipun,saya tidak minat berjoli.
4) PEMBAZIRAN PROJEK PERMATA
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus
ditindas.Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih
berjaya.Sebagai anak bekas guru,saya faham tentang bagaimana pendidikan
berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula
daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea
baru.Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua
orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita
sampaikan.Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang
taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan
politik.Semuanya mereka satukan.Agak malang apabila kerja-kerja
kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan
program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang
marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata
sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.
5) BERGAYA DENGAN PERHIASAN MEWAH
Seperti kebanyakan isteri pemimpin,saya juga mengiringi suami ke
beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas
kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri.Mereka mahu saya memberi
ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan
wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.Apabila saya ke negara tersebut,
mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka
apabila mereka ke negara kita.Itulah adab sopan melayan tetamu.Sebagai
meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata
sebagai kenang-kenangan.Antara cenderamata tersebut termasuklah
cincin,jam,perhiasan diri dan sebagainya.Ada yang diberi itu mahal
harganya dan ditempah khas.Apabila orang memberi kita sesuatu,sudah
tentu tidak manis untuk menolaknya.Kita mesti menjaga hati mereka apatah
lagi kita adalah tetamu.Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita
ditolak orang lain?
Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil
hati.Dan,apabila telah diberi,saya pun memakainya.Tak kan nak simpan
saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan
ikhlas,cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia
di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.Saya sedar ramai mata yang
memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya
pakai.Itu hak mereka.Saya tidak boleh menghalang.Tetapi,malangnya mereka
ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara
yang tidak masuk akal.Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap
orang.Yang penting,saya percaya pada apa yang saya lakukan
6) ISU 'FIRST LADY'
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya
dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama,peserta yang dijemput
adalah isteri-isteri kepada Presiden,Perdana Menteri atau apa saja
gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan
pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam
konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk
mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu
dipertikaikan.Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara
iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana
Menteri.Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala
Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan
raya.Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan
dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita
Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan
baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini
satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.
Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah
yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.
7) ISU MENJADI PERDANA MENTERI KEENAM
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun
Razak.Kalau dia orang biasa pun,saya akan bersama dia.Kalau dia jadi
Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis
di Loh Mahfuz.Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah
memanjangkan jodoh antara kami.Saya rasa pandangan salah ini muncul
disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik
tersendiri Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka
saya menjadi sasaran.Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib
di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua
polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.Datuk Seri Najib
kata,sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang
paling tepat adalah mengenakan saya dulu.Mereka tak dapat suami,mereka
pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu
tempat Datuk Seri Najib.
Bagi saya senang,tak salah setiap orang ada cita-cita.Tapi,caranya kena
betul.Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak
ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.
Pembaca yang amat dikasihi,Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk
menjawab semua fitnah ini.Apa yang lahir,adalah terlintas dari rasa
sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah.Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah.Saya
sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya,Tuhan akan beri
yang baik kepada saya.Ingat zaman nabi dulu,bila orang kutuk
baginda,baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.