TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, January 8, 2014

Siti bersama peminat

Siti mahu lebih intim dengan peminat 
 
Siti dan suami rancang pelbagai program bagi mengumpul dana Yayasan Nurjiwa. - Foto HALIMATO SAADIAH SULAIMAN
 
Memasuki tahun ke-14 pembabitannya dalam dunia seni, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai misi tersendiri dalam meneruskan kelangsungan kerjayanya.

Baginya, tidak salah andai kelebihan dimiliki dimanfaatkan untuk kepentingan golongan memerlukan. Luah Siti, saat lebih indah pastinya tatkala melihat penerima sumbangan, tersenyum dan bersyukur beban yang ditanggung terasa ringan.
 
Atas dasar itu, sebagai pembuka tirai 2014, penyanyi tersohor ini tampil dengan konsert Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC - Where The Hearts Is bagi mengutip dana untuk Yayasan Nurjiwa.

Konsert anjuran Yayasan Nurjiwa bersama Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti itu akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, selama dua hari mulai 7 Februari depan.

Siti berkata, idea menganjurkan konsert itu tercetus ketika dia membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

“Ketika membantu mereka, Siti sedar ramai yang masih mengharapkan bantuan. Tidak kiralah mangsa bencana atau sebaliknya. Ada kala dalam kita tidak sedar, ramai yang sebenarnya mengharap ihsan kita,” katanya pada sidang media mengumumkan konsert itu di pejabat baru SimplySiti di Menara Atlan, Kuala Lumpur, kelmarin.

Siti berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurang RM1 juta dikutip sepanjang dua malam konsert itu berlangsung.

Menurutnya, konsert itu adalah sebahagian daripada perancangan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan bersama suami, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa sejak 2006.

Siti berkata, beberapa program sudah dirancang seperti larian amal dan pertandingan mencari harta karun bagi mengumpul dana yayasan.

“Kita sasarkan supaya dana RM4 juta dapat dikumpul sepanjang tahun ini dan diagihkan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan,” kata Siti yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 pada 11 Januari.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat