TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, January 1, 2014

Peniaga rugi perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Rata-Rata peniaga sekitar kawasan sambutan di ambang tahun baharu kecewa dengan perhimpunan haram yang menjejas pendapatan mereka selain mengancam keselamatan orang ramai.

Seorang peniaga, Norhamidah Baharuddin, berkata dia tidak menyangka orang ramai begitu agresif sehingga takut untuk berniaga selain terpaksa menyelamatkan diri.
 
Rakannya, Rahmat Abas, 26, pula berkata situasi yang tidak terkawal dan berbahaya menyebabkan dia memindahkan lokasi jualannya setelah diarah pihak polis untuk beredar.


Sementara itu, peniaga makanan ringan di depan kompleks beli-belah Sogo, Amirul Yabiamin, 25, berkata ini kali pertama dia melihat keadaan sedemikian lantas menutup perniagaannya kerana tidak mahu mengambil risiko barang jualan rosak.

Peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Ayub, 33, dari Sri Gombak pula berkata dia membawa isteri dan tiga anaknya untuk menyertai perhimpunan itu kerana yakin keselamatan mereka terjamin dengan kehadiran pihak polis.

"Ini perhimpunan aman. Apa yang hendak ditakutkan? Lagipun apa guna anggota polis yang ramai jika tidak untuk menjaga keselamatan," katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta Nor Faradila Zulkifli, 32, kesal dan menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai 'sangat mengganggu' memandangkan orang ramai perlu melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut tahun baharu dan musim persekolahan yang akan bermula.

"Saya menetap di Kuantan (Pahang) tetapi memang selalu membeli barangan keperluan sekolah anak di Kuala Lumpur, terutama di Sogo, kerana mempunyai banyak tawaran dan pilihan.

"Perhimpunan ini memang mengganggu dan menyusahkan. Anak-Anak saya juga rasa terganggu kerana mereka (peserta perhimpunan) membuat bising," katanya.

Suri rumah dari Melaka, Rahima Rahmat, 35, pula berkata dia kecewa apabila sambutan di ambang tahun baharu, yang sepatutnya berjalan dalam keadaan meriah dan tenteram dicemari jerit pekik antikerajaan peserta perhimpunan.

"Ini kali pertama saya datang ke Dataran Merdeka dengan harapan boleh bawa anak tengok bunga api. Sebelum ini selalu tengok dalam televisyen sahaja.

"Tidak sangka pula ada perhimpunan macam ini. Memang menyusahkan... niat kita datang nak tengok sambutan tetapi mereka ini (peserta) buat kita rasa tidak aman," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat