TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, January 21, 2014

Kalimah Allah hak eksklusif umat Islam

Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

Baginda bertitah ketetapan yang dipersetujui itu dihormati semua pihak, terutama berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.


 Ketetapan sudah jelas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986, bahawa beberapa istilah dan kalimah yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama, khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati... kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi.

Amalan masyarakat majmuk

Inilah resmi dan amalan seluruh masyarakat majmuk selama ini, yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian seluruh rakyat, titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Ke-86 di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Tunku Annuar kemudian menyempurnakan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran kepada semua penerima diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sultan Abdul Halim turut menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.

Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiring.

Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat