Ipoh: Seorang isteri menemui mayat suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, di belakang sebuah hotel bajet, di sini, malam tadi.
Kedua-dua mayat itu ditemui pada jam 9 malam, selepas wanita terbabit melihat kepulan asap keluar dari premis itu yang juga milik suaminya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak jam 6 petang, kelmarin.
"Susulan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada jam 7.55 petang semalam sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.
"Isteri mangsa melihat kepulan asap keluar dari pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis itu sebelum menemui kereta PROTON Wira milik suaminya dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup serta penghawa dingin dipasang" katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.
"Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia.
"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berusia 58 tahun dan seorang ahli perniagaan, manakala wanita terbabit berusia 51 tahun," katanya.
Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada unsur jenayah atau mati mengejut.
"Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.