TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, January 5, 2014

Dalang perhimpunan tindakan bakal di ambil.

Dalang perhimpunan  tak terlepas tindakan 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 
Alor Gajah: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu di ibu negara Selasa lalu, didalangi beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang.

Saya dapat tahu (mengenai penganjuran perhimpunan haram itu) dan dimaklumkan bahawa individu dan NGO tertentu yang menganjurkannya.
 
Kita serahkan sepenuhnya tindakan lanjut kepada polis kerana mereka mempunyai maklumat penuh mengenai individu dan pihak yang menganjurkan perhimpunan, katanya selepas menghadiri majlis persandingan Pegawai Khasnya, Azizul Hakim Abdul Aziz dengan pasangannya,


Nurfaraheeda Omar di Kampung Pekan Brisu, Lubok China, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai penganjuran perhimpunan haram di Dataran Merdeka yang menjadi lokasi utama sambutan Ambang Tahun Baru 2014, Selasa lalu.

Usah anggap polis lemah

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan bahawa mana-mana individu yang menjadi dalang perhimpunan terbabit, tidak akan terlepas daripada tindakan, terutama apabila melanggar Akta Perhimpunan Aman yang mula dikuatkuasakan tahun lalu.

Sehubungan itu, pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan sama pada masa depan diingatkan supaya tidak menganggap polis lemah apabila tidak menggunakan gas pemedih mata atau pancutan air seperti ketika perhimpunan malam 31 Disember itu.

Jangan anggap itu lemah. Itu adalah antara pendekatan terbaik yang dilakukan oleh polis dan saya berharap tidak ada provokasi dilakukan (oleh penganjur dan peserta perhimpunan), katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat