TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, December 27, 2013

Rakyat perlu menginsafi kemakmuran yang dinikmati

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan rakyat terhadap cubaan pihak tertentu untuk memecah-belahkan keharmonian perpaduan kaum di negara ini.

Perdana Menteri menegaskan, walaupun rakyat berbilang kaum dan agama diuji dengan pelbagai cubaan seumpama itu, Malaysia tetap kukuh berikutan perpaduan rakyat yang sukar digugat.



Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya mengekalkan perpaduan dan sentiasa menginsafi kemakmuran dinikmati di negara ini yang sukar dinikmati di sesetengah negara lain.

“Tetap wujud percubaan untuk memecah-belahkan keharmonian antara kita. Sering kali tekad perpaduan kita diuji. Mujurlah, berkat kesabaran, penerimaan dan persefahaman, kita dapat mengatasi segala-galanya.

Terus bersatu

“Marilah kita terus bersatu padu dan berusaha gigih untuk memastikan Malaysia sentiasa dipenuhi keharmonian serta peluang, dan kita menginsafi nikmat kerana dapat hidup di bumi bertuah ini,”

Katanya dalam perutusan Krismas melalui blog terbaru 1Malaysia, semalam. Sambil mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada rakyat beragama Kristian. 

Najib mengucapkan kesyukuran kerana rakyat yang memiliki keunikan budaya mampu meraikan perayaan itu dalam suasana muhibah.

“Ini mampu direalisasikan kerana kita berupaya mendakap perbezaan antara satu sama lain.Jika kita bersatu, kita pasti dapat mencapai tahap kekuatan dan kegemilangan ulung,” katanya.

Rakyat Malaysia bertuah 

Najib berkata, berbanding persengketaan di sesetengah negara lain berikutan keengganan masyarakatnya menerima hakikat perbezaan agama dan bangsa, rakyat Malaysia harus berasa bertuah mampu meneruskan kehidupan harmoni.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah alpa akan rahmat berkenaan dan bersedia untuk berkongsi dengan orang lain.

“Mari kita melakar langkah ke hadapan dengan penuh harapan, keyakinan dan kepastian bahawa setiap orang dikurniakan masa depan yang cerah di tanah air tercinta ini,” katanya. 

Sementara itu, melaporkan lawatan kerja Najib ke Arab Saudi bukan sahaja  memperkukuh hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, malah dianggap sebagai pengiktirafan terhadap golongan profesional yang meneroka peluang di luar negara. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat