UMNO bawa Malaysia jadi negara Islam maju
Kuala Lumpur: Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam mencapai matlamat dengan menyimpulkan tiga mesej utama, iaitu meninggikan syiar dan mempertahan kesucian Islam, memperkasa ekonomi Bumiputera serta agenda transformasi UMNO.
Ia bakal membawa Malaysia menjadi negara Islam maju yang berpendapatan tinggi dan progresif di bawah teraju kepemimpinan UMNO menjelang 2020 untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Kuala Lumpur: Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam mencapai matlamat dengan menyimpulkan tiga mesej utama, iaitu meninggikan syiar dan mempertahan kesucian Islam, memperkasa ekonomi Bumiputera serta agenda transformasi UMNO.
Ia bakal membawa Malaysia menjadi negara Islam maju yang berpendapatan tinggi dan progresif di bawah teraju kepemimpinan UMNO menjelang 2020 untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata kesimpulan itu juga perlu dijadikan peringatan dan panduan untuk meneruskan perjuangan parti keramat Melayu di semua peringkat hingga akar umbi yang secara langsung menjadi ukuran kejayaan perhimpunan kali ini.
Seperti yang disarankan perwakilan, Perdana Menteri berkata, UMNO dan kerajaan komited mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengurusannya.
Tak perlu berasa bersalah
Najib berkata, mereka akan dipantau bagi memastikan pengurusan syarikat melaksanakan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera sebagai agenda nasional sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh.
Sambil menekankan UMNO tidak perlu ‘apologetic’ atau berasa bersalah kerana perkara itu adalah hak Bumiputera, Perdana Menteri berkata, beliau akan meneliti kad laporan mereka pada akhir tahun untuk menentukan sebarang keputusan sama ada menyambung kontrak perkhidmatan atau sebaliknya.
“UMNO tidak pernah rasis. Kita adil kepada semua. Kita mahu semua bersama dengan kita maju ke hadapan, tetapi teraju kepemimpinan negara mesti dipegang UMNO kerana di bawah UMNO, orang lain boleh mendapat keadilan... di bawah orang lain, tidak pasti orang Melayu boleh dapat keadilan,” katanya ketika menggulung perbahasan semalam.
Transformasi UMNO
Mengenai transformasi UMNO, Najib berkata, parti akan menetapkan KPI untuk membuat pemantauan menyeluruh cawangan dan bahagian, termasuk mesti menjadikan langkah mengimarah masjid dan surau sebahagian daripada tanggungjawab akar umbi, di samping meneliti semula cara pemilihan parti supaya syaratnya tidak terlalu longgar atau ketat.
Beliau mengingatkan, sejajar perubahan landskap politik negara dan dunia, UMNO bukan kebal, justeru mesti sanggup berubah mengikut tuntutan zaman untuk kekal relevan dan terus memegang tampuk kepemimpinan pemerintahan negara.
Bagi memastikan kepemimpinan UMNO terus subur dan lebih teguh serta berkesan, Najib berkata, lebih banyak ilmuwan, ulama, agamawan dan profesional perlu dibawa masuk ke dalam parti secara terancang, selain mempergiat pengkaderan untuk menyediakan golongan muda sebagai barisan pelapis mewarisi parti dan negara.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.