TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, December 14, 2013

Lagi Cerita Parang Terbang.


Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak, melibas dan menikam hingga tak dapat dielak.

Banjir Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana ‘lailahailait’ Cina sudah potong habis.

Bagaimana parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh menetak, cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.

Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis.

Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah. Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. 

Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.(Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah )


 sumber dari:http://m.facebook.com/zulhairy Mzf

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat