Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, December 21, 2013

Kerajaan di gesa lebih efisien dan changgih dalam merungkai masaalah rakyat !!!

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak meminta kerajaan bertindak lebih tegas dan cepat dalam memperbetulkan semula beberapa keputusan dibuat pembuat dasar yang ada kalanya mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan kenaikan tarif tertentu.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohamad Nor, berkata tindakan dilakukan kumpulan berkenaan yang membabitkan beberapa pihak termasuk golongan korporat seperti dalam isu terbaru berkaitan kenaikan tarif elektrik dan cadangan pelarasan kadar tol baru tahun depan menyebabkan kerajaan seolah-olah hilang kekuatan serta mengetepikan kebajikan rakyat.
 
Katanya, sebuah kerajaan transformasi yang bercirikan negara maju mesti lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah, bukan dengan jalan mudah menaikkan tarif dan meminta rakyat menanggung beban kenaikan.

Cara ini bukan cara sebuah kerajaan transformasi yang seharusnya lebih tangkas tangani masalah di samping mempertahankan kedudukan rakyat bawahan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkata kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada soal ketirisan, suapan rasuah serta persetujuan perjanjian yang berat sebelah sehingga menguntungkan golongan dan syarikat korporat.

Tumpu khusus soal rasuah

Ini seharusnya menjadi orientasi kerajaan transformasi. Sebagai ahli jawatankuasa rasuah (JKMR), saya mahu ada tumpuan khusus kepada soal rasuah dalam menyelesaikan masalah. Walaupun ia rumit berbanding keputusan naikkan harga tarif, itulah tanggungjawab sebuah kerajaan transformasi, katanya.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, memaklumkan kenaikan kadar tol dijangka berlaku tahun depan, selaras dengan kandungan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. Cadangan itu mendapat reaksi negatif rakyat termasuk di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad pula meminta kerajaan komited dengan janji manifestonya untuk menurunkan kadar tol secara berperingkat.

Mengakui kerajaan berkemungkinan terpaksa menanggung kos tertentu jika tidak berlaku sebarang kenaikan tol, beliau berkata janji Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lebih utama untuk dipenuhi.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat