TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 24, 2013

Himpunan jejas keharmonian negara

Kuala Lumpur: Perhimpunan haram yang dirancang pihak tertentu pada 31 Disember ini, disifatkan hanya menjejaskan keharmonian sambutan ambang tahun baru, selain merencatkan kemasukan pelancong asing.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Prof Dr Chandra Muzaffar, berkata matlamat Tahun Melawat Malaysia 2014 itu ialah lembaran baru ke arah usaha memacu status negara berpendapatan tinggi dan maju.
Beliau berkata, kedegilan pihak terbabit merancang perhimpunan yang disifatkan sia-sia itu, hanya akan mencetuskan kekecohan, sekali gus menjejaskan imej negara di mata pelancong.

“Berhimpun itu hak rakyat tetapi mesti diadakan secara aman. Oleh itu, penganjur perlu menjelaskan matlamat sebenar perhimpunan itu kepada orang ramai.

“Jangan sekadar mengumpulkan ribuan peserta perhimpunan dengan alasan memperjuangkan hak asasi manusia tetapi akhirnya hambar,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berkata sambutan ambang tahun baru yang bakal membabitkan lebih 40,000 pengunjung akan tetap diadakan.

“Perhimpunan haram itu dalam pemantauan dan siasatan polis. Kita tidak akan membatalkan sambutan tahun baru kerana khabar angin.

“Namun, perhatian sewajarnya merangkumi aspek keselamatan sudah disusun khususnya terhadap pengunjung bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat