TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, November 3, 2013

Suasana PRK Sg.Limau. PAS kosongankan kemah. Sertai UMNO.

Seramai 315 pengikut PAS dari beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, malam tadi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO dan permohonan untuk menubuhkan lima cawangan baru UMNO.
Lima cawangan tersebut ialah Kampung Permatang Keramat, Sungai Dedap, Kampung Klinik Sungai Dedap, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen Sungai Saun dan Kampung Tok Rama.
Borang permohonan diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Azeez Rahim dan EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bahari Mat Jahaya.
Mungkin pengikut tegar pembangkang akan menuduh bahawa ini adalah satu sandiwara UMNO tetapi penduduk di DUN Sungai Limau lebih tahu kebenarannya memandangkan semasa Majlis Berani Hijrah tadi telah dihadiri oleh penduduk tempatan dan hampir semua media utama turut hadir.
Ketika menemuramah beberapa orang bekas ahli PAS yang telah menyertai UMNO pada hari ini, rata-rata menyatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.
Mereka yakin ‘penghijrahan’ ini bakal membawa perubahan besar kepada seluruh penduduk di DUN Sungai Limau khususnya dan menyatakan rasa bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati mereka untuk satu ‘hijrah’ yang amat bermakna.
Dato’ Sri Jamil Khir juga menyatakan bahawa penubuhan 5 cawangan baru yang disertai oleh bekas ahli PAS ini akan memberikan keyakinan pengundi DUN Dungai Limau terhadap BN.
Antara rungutan terhadap PAS dari bekas-bekas ahli PAS ini adalah sikap pemimpin PAS yang tidak mempunyai hasrat untuk membantu golongan miskin dan berat tulang untuk turun padang.
Sepertimana yang kita semua telah maklum, PAS telah memerintah Kedah selama sepenggal malah mantan ADUN Sungai Limau juga adalah dari PAS iaitu Allahyarham Dato’ Sri Azizan Razak.
Selama sepenggal itu juga, tiada sebarang perubahan yang mampu PAS laksanakan di peringkat DUN mahupun negeri.
Oleh itu, keyakinan rakyat terhadap PAS semakin hilang dan buktinya kita juga dapat lihat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu bila mana BN merampas semula Kedah dari PAS.
Justeru, kemasukan 351 orang ahli PAS kedalam UMNO hari ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana penulis memang telah menjangkakan perkara sebegini akan terjadi saat kegamatan PRK DUN Sungai Limau.
Bekas-bekas ahli PAS ini menyatakan keyakinan yang tinggi terhadap Ahli Parlimen mereka, Dato’ Sri Jamil Khir, mampu membawa perubahan besar kepada penduduk Jerai khususnya Sungai Limau.
Mereka juga yakin kemampuan calon BN untuk PRK DUN Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, dalam merealisasikan impian mereka untuk membawa perubahan kepada penduduk DUN Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat