TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, November 5, 2013

Lima kejayaan legasi FELDA

Lima kejayaan legasi FELDA 

Najib bersama ibu beliau, Rahah melihat buku Meneroka Impian, Mencapai Wawasan selepas majlis perasmian di Menara FELDA. Turut hadir Rosmah (kiri) dan Isa.
 
Datuk Seri Najib Razak menggariskan lima kejayaan FELDA yang terhasil daripada iltizam politik demi membela nasib peneroka dan akan diteruskan untuk mencapai kejayaan lebih besar dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata, keupayaan membangunkan tanah peneroka dengan baik sejak lebih 56 tahun lalu adalah kejayaan paling membanggakan dan berjaya di dunia.
 
 Katanya, kejayaan kedua adalah membasmi kemiskinan peneroka yang pada peringkat awal melebihi 70 peratus tetapi kini 112,000 peneroka melepasi garis kemiskinan.

Beliau berkata, kewujudan pusat pertumbuhan baru di luar bandar adalah kejayaan ketiga FELDA sepanjang penubuhannya yang mustahil diwujudkan jika tiada kuasa pembeli.

Kejayaan keempat ialah memberi peluang kepada generasi kedua sehingga ramai berjaya sebagai profesional dalam jabatan kerajaan serta sektor swasta, selain ada yang menjadi wakil rakyat.

“Faktor kelima adalah melakukan transformasi sebagai badan pembangunan tanah yang menjana pelbagai kejayaan termasuk FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) muncul dalam tawaran awam permulaan (IPO) Ke-3 terbesar di dunia.

“Legasi ini akan kita semat dalam jiwa untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Inilah wawasan kita untuk 50 tahun akan datang,” katanya berucap pada pelancaran buku bergambar berjudul Meneroka Impian, Mencapai Wawasan di Menara FELDA, di sini semalam.

Jasa kepada Melayu

Pelancaran buku itu disempurnakan bonda Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah.

Buku berkenaan mengimbau kembali perjalanan transformasi FELDA sejak penubuhannya dicetuskan ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, 57 tahun lalu hingga sekarang. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Secara berseloroh, Najib berkata, walaupun FELDA mencapai pelbagai kejayaan di peringkat nasional serta antarabangsa, hanya satu yang belum berjaya iaitu pasukan bola sepak dan berharap tidak menunggu sehingga 21 tahun untuk berjaya seperti pasukan Pahang (Pahang muncul juara Piala Malaysia, malam kelmarin selepas 21 tahun menunggu).

Dalam pada itu, beliau berkata FELDA amat dekat di hati Allahyarham ayahnya yang terkenal dengan 3B apabila turun padang menemui peneroka iaitu memakai ‘bush jaket’, bertongkat dan berdehem.

“Buku ini (Meneroka Impian, Mencapai Wawasan) adalah bukti kejayaan FELDA dan legasi ini akan diteruskan untuk memastikan lebih banyak kejayaan dikecapi.
Jika dulu agensi ini bertatih, kini ia berlari pantas dan begitu besar jasanya untuk masyarakat luar bandar khususnya Melayu dan Bumiputera,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat