TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, November 29, 2013

KUALA LUMPUR: Bekas peniaga komputer terkejut keretanya ditembak

Seorang bekas peniaga barangan komputer hari ini terkejut apabila menemui dua kesan tembakan pada kenderaannya yang diparkir dalam kawasan pagar rumah di Jalan U5/8 Mutiara Subang, Sungai Buloh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu hanya menyedari kenderaan jenis sport utility (SUV) tersebut ditembak pada jam 8 pagi ketika mahu menggunakan SUV berkenaan.
 
"Sejurus keluar rumah, mangsa melihat cermin belakang keretanya sudah pecah dan terdapat satu lubang kesan tembakan di bahagian bonet dan satu lagi di bahagian stereng," katanya yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi.

Katanya mangsa tidak mendengar sebarang bunyi letupan atau tembakan namun ada dimaklumkan oleh anak lelakinya yang terdengar bunyi letupan sebanyak dua kali kira-kira jam 1.30 pagi.

Anak mangsa kemudian memeriksa keadaan di dalam rumah namun tidak menemui sebarang keganjilan, katanya.

Junaidi berkata mangsa kini tidak lagi bekerja selepas berhenti menjalankan perniagaan komputer sejak lebih setahun lalu dan polis sedang menyiasat motif kejadian.

Sementara itu, seorang pemuda yang tinggal di rumah berhadapan dengan rumah mangsa berkata dia terdengar bunyi letupan seakan bunyi mercun sebanyak dua kali kira-kira jam 1.30 pagi.

"Ketika itu saya sedang bermain komputer di ruang tamu dan tiba-tiba terdengar bunyi letupan. Saya pergi ke tingkap untuk melihat apa yang berlaku, tapi sebab gelap saya tidak nampak apa-apa," kata pemuda berusia 19 tahun itu kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat