TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, November 11, 2013

Karpal Sing tetap bela Anuwar Liwat bakal berhadapan undang-undang negara ?

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa pelantikannya oleh Peguam Negara untuk mengetuai pihak pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sah dan betul.

Beliau menggesa mahkamah tertinggi itu mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan (COA) yang menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakannya daripada mewakili dalam kes itu. Muhammad Shafee, dalam hujahannya di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata satu kenyataan direkodkan daripadanya mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah semasa penyiasatan kes itu, namun beliau tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan mahupun pihak pembelaan untuk menjadi saksi.


Peguam kanan itu seterusnya berhujah ia hanya berupa dakwaan atau andaian di pihak perayu dan peguam belanya Karpal Singh yang berhujah bahawa beliau hadir pada masa yang sama dengan pengadu utama Mohd Saiful Bukhari Azlan di kediaman Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

"Isu tanggapan awam mengenai kehadiran saya di sana dan 112 kenyataan seperti dihujahkan peguam bela, tidak ada kaitan dengan kes ini.".

"Mana bukti yang saya adalah saksi utama dalam kes ini? Ia hanya andaian, lagipun saya hanya hadir di satu sudut rumah tanpa mengetahui apa yang berlaku di sudut lain rumah itu," hujah Muhammad Shafee.

Beliau memberitahu panel hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff bahawa pelantikannya oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail adalah betul dan sah dan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) dan 379 Kanun Peosedur Jenayah.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Hasan Lah.

Sementara itu, Karpal memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa COA telah terkhilaf apabila tidak memutuskan bahawa pelantikan Muhammad Shafee adalah tidak sah dan patut dibatalkan.

"Seksyen 378 CPC adalah jelas bahawa hanya DPP (Timbalan Pendakwa Raya) yang berkhidmat secara tetap dalam kerajaan boleh mewakili Pendakwa Raya dalam rayuan kes jenayah.

"Pelantikan peguam bela secara sementara hanya boleh dibuat mengikut Seksyen 379, tetapi bagaimanapun COA mendapati seksyen itu tidak relevan dengan pelantikan peguam dalam kes rayuan," hujah Karpal.

Karpal juga meminta panel hakim mengambil kira kegagalan COA yang tidak memutuskan bahawa Muhammad Shafee merupakan seorang saksi berpotensi dalam kes liwat itu apabila beliau meletakkan dirinya dalam kedudukan boleh menimbulkan konflik untuk melanggar Peraturan-peraturan Profesion Undang-undang 1978.

Hakim Md Raus menetapkan 21 November untuk Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman terhadap rayuan Anwar.

Pada 17 September, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali dan dua hakim Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat