TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 6, 2013

Gempar: Banyak negara telah di liwat AS ?

Kedutaan Australia pengintipPenunjuk perasaan Amerika Syarikat mendesak kerajaan berhenti mengintip ketika Pengarah Perisikan Kebangsaan, James Clapper memberi keterangan di Capitol Hill, Washington. Gambar kecil Edward Snowden. - Foto REUTERS/AP]
Misi diplomatik di Asia termasuk KL kumpul maklumat

Sydney: Kedutaan Australia adalah sebahagian daripada rangkaian perisikan global diketuai Amerika Syarikat dan bergiat secara sulit memintas panggilan dan data di seluruh Asia termasuk misinya di Kuala Lumpur. 


Tindakan seperti itu bukan hanya melanggar keselamatan tetapi juga norma dan etika diplomatik serta bercanggah dengan semangat hubungan baik di antara negara” Marty Natalegawa, Menteri Luar Indonesia.


“Fairfax Media diberitahu, maklumat dikumpul agensi itu dari kedutaan di Jakarta, Bangkok, Hanoi, Beijing dan Dili selain Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan Port Moresby serta tempat lain,” kata media itu.

Sebahagian butir-butir aktiviti berkenaan didedahkan dalam dokumen Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA) yang dibocorkan bekas perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Edward Snowden dan disiarkan akhbar Jerman, Der Spiegel.

Pengintipan dibantu SCS

Program perisikan itu diberi nama ‘STATEROOM’ dan dijalankan di kedutaan dan konsulat Amerika serta sekutunya, Australia, Britain dan Kanada. 

Bekas pegawai perisikan Australia memberitahu Fairfax Media, operasi risikan itu dilakukan di seluruh Asia dan Pasifik.


Laporan lain mengatakan, pengintipan itu dibantu oleh satu jabatan rahsia NSA, Perkhidmatan Pengutipan Khas (SCS) yang memasang peralatan bertujuan mengintip di bangunan diplomatik 80 negara asing termasuk Kanada.

Dokumen Snowden dan Der Spiegel mendedahkan, peralatan itu berupaya memantau isyarat satelit, Wi-Fi, WiMAX, GSM dan CDMA.

China dan Indonesia yang paling awal memberi reaksi dengan menuntut Amerika memberi penjelasan mengenai laporan dari media Australia itu.

Tuntut AS beri penjelasan

“China amat bimbang dengan laporan ini dan menuntut Amerika memberi penjelasan,” kata jurucakap Kementerian Luarnya, Hua Chunying di Beijing.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata Jakarta tidak menerima dan membantah sekeras-kerasnya kewujudan peralatan merisik di kedutaan Amerika di ibu negara itu.

“Perlu ditekankan, jika disahkan, tindakan seperti itu bukan hanya melanggar keselamatan tetapi juga norma dan etika diplomatik serta bercanggah dengan semangat hubungan baik antara negara,” katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat