TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, November 18, 2013

Dua gunung berapi meletus di Indonesia.

 
MEDAN: Dua gunung berapi meletus di Indonesia, menyebabkan amaran penerbangan dan persediaan pemindahan penduduk dikeluarkan pihak berkuasa.

Pakar Gunung Berapi Negeri, Surono berkata, Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara melepaskan abu setinggi 8,000, iaitu letusan tertinggi sejak beberapa hari lalu.
 
Gunung 2,600 meter tinggi itu mula meletus sejak September lalu selepas tidak aktif selama tiga tahun.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis amaran kepada semua syarikat penerbangan hari ini bagi mengelakkan daripada melalui ruang udara sekitar gunung berkenaan.

Beberapa jam lalu, gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah, Gunung Merapi memuntahkan abu kira-kira 2,000 meter sehingga menjejaskan beberapa bandar.

Pegawai Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata, kira-kira 600 keluarga akan dikumpulkan untuk dipindahkan ke tempat selamat. - AP

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat