Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, October 30, 2013

Terkini:Pakar ekonomi sokong laksana GST

Agensi penarafan dan pakar ekonomi memberi reaksi positif terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Sokongan terhadap pelaksanaan GST itu dizahirkan oleh sebahagian besar daripada 700 peserta yang menghadiri seminar pasca Bajet 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan, kelmarin.
 
Ini secara tidak langsung menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST tidak akan membebankan rakyat atau merugikan negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata walaupun agak lewat, keputusan diambil kerajaan untuk melaksanakan GST sebagai cukai penggantian pada April 2015, adalah tepat dan tidak merugikan kerana cukai serupa turut dilaksanakan di 160 negara.

“Dalam soal GST, kita hari ini sudah ada cukai, jualan dan perkhidmatan tapi menjelang 1 April 2015, cukai itu dimansuhkan dan negara hanya ada GST sebagai satu sistem cukai.

“Sebenarnya GST sudah dilaksanakan di 160 negara di dunia, cuma Malaysia saja baru nak amalkan,” katanya berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Program Pembudayaan Keusahawanan Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Koperasi SMK Temin Jerantut Berhad dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Jerantut, Pahang muncul juara Anugerah Koperasi Sekolah Enam Bintang, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, hadiah iringan pakej Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM3,000 serta plak dan buku cenderamata.

Kastam sedia urus GST

Di Melaka, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sudah bersedia menguruskan GST apabila ia dilaksanakan pada 2015, bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Khazali Ahmad berkata, persediaan itu merangkumi pelbagai aspek termasuk dari segi kesediaan kakitangan, infrastruktur, sistem pengkomputeran dan penganjuran sesi penerangan berhubung GST kepada pihak berkepentingan.

“Kami sudah bersedia sejak beberapa tahun lalu sama ada dari segi kakitangan, infrastruktur mahupun sistem pengkomputeran. Malah, sistem perkomputeran GST juga hampir 100 peratus siap dan dijangka diterima hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Bersama Ketua Pengarah Kastam Sempena 50 tahun Anugerah Gelaran Diraja di Akademi KDRM (AKMAL) di Bukit Baru dekat sini, semalam.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat