“ YANG PAHIT ITULAH YANG HARUS KITA TELAN AGAR SEDAR DARI LENA YANG PANJANG”…….
Raja-raja Melayu kelihatan sudah semakin bimbang melihat politik yang keterlaluan yang berlaku akhir-akhir ini. Seorang demi seorang raja-raja melayu meluahkan ketidakselesaan baginda melihat perkembangan politik yang semakin tidak sehat. Permainan politik hari ini sudah merentasi batas dan sensitiviti agama dan perkauman seolah-olah sudah tiada lagi kategori yang dianggap sensitif. Semuanya sudah halal untuk diperdebatkan secara terbuka.
Mereka seperti anak jahil yang tidak tahu membezakan antara sarang tebuan dan sarang burung. Mereka tidak tahu bahaya dan kesan yang terjadi jika menjolok sarang tebuan. Pemimpin mereka pula memakai pakaian kalis tebuan dan jika tebuan mengganas pun mereka tidak dapat apa-apa kesan. Orang lain terkena serangan tebuan itu dia punya pasal.
Politik "langgar lari" isu-isu sensitif berkaitan agama dan perkauman ini sangat merbahaya kepada kedudukan masa depan negara bangsa.
Politik "langgar lari" isu-isu sensitif berkaitan agama dan perkauman ini sangat merbahaya kepada kedudukan masa depan negara bangsa.
Jika kuasa politik tidak lagi dapat digunakan untuk membendung perkara-perkara sensitif ini dari menjadi api pergaduhan antara agama dan kaum, kuasa dan pertahanan terakhir negara bangsa mungkin terpaksa digunakan. Institusi raja bukan institusi partisan dan institusi ini tidak mencampuri soal berkaitan politik kepartian. Tetapi institusi raja mempunyai peranan yang tersendiri apabila keadaan memerlukan. Yang diPertuan Agung ada peruntukan keramat, iaitu Fasa 3 perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Yang diPertuan Agung berserta Raja-Raja Melayu yang lain selaku pemilik negara bangsa ini tidak mungkin akan duduk dan berdiam diri sahaja melihat sesuatu keadaan terjadi yang boleh menyebabkan keseluruhan negara bangsa ini hancur.
Rakyat pasca 13 Mei 1969, khususnya yang tidak mahu ambil pusing apa yang berlaku, kenapa peristiwa itu berlaku dan bagaimana peristiwa itu diselesaikan, tidak dapat merasai apa-apa dari peristiwa 13 Mei itu. Golongan inilah golongan yang dimaksudkan sebagai golongan yang telah menyamatarafkan sarang tebuan dengan sarang burung. Mereka terlalu jahil.
Mereka yang bermain dengan sentimen politik agama dan perkauman ini sedar akan bahaya dan kesan dari permainan mereka. Tetapi disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan rakyat, mereka tidak peduli itu semua.
Yang terjerat dengan permainan politik agama dan perkauman ini adalah penyokong parti dan rakyat yang tidak tahu akan bahaya dan kesan buruk permainan kotor pemimpin-pemimpin mereka ini.
Penyokong jahil ini ibarat seperti anak-anak mumaiyiz yang memegang pisau cukur gillete. Mereka tidak tahu betapa pisau cukur gillette itu sangat bahaya dan boleh mendatangkan luka atau boleh memotong jari halus mereka. Tapi disebabkan kejahilan, mereka jadikan pisau itu barang permainan.
Jika gillette ini dirampas begitu saja, mungkin akan mendatangkan kecederaan. Jika dibiarkan mereka terus bermain dengan pisau cukur sensitif ini akan mendatangkan bahaya pula, bukan saja kepada mereka, malahan kepada orang lain.
Untuk menyelamatkan negara bangsa ini dari terjerumus ke kancah anarki, nampaknya tiada lain melainkan Raja-Raja Melayu harus tampil ke depan sebelum keadaan jadi tambah meruncing.
Tanpa kuasa proklamasi darurat yang diperuntukan kepada Yang diPertuan Agung, keganasan kaum pada 13 Mei 1969 mungkin tidak dapat dibendung dan mungkin negara ini sudah hancur lebur akibat dari tiadanya kuasa pemutus dan terakhir yang ada pada Yang Dipertuan Agung.
Tun Razak atau siapa saja ketika itu tidak mungkin dapat mencari titik penyelesaian jika kuasa-kuasa Yang diPertuan Agung ini tidak diperuntukkan dalam perlembagaan negara.
Hari ini ancaman terhadap kesucian agama sudah semakin mencabar. Tahun 1969 dulu, pembangkang melayu yang berada dalam PAS tidak sehodoh perangai pemimpin melayu yang berada dalam Pakatan hari ini. Walaupun pemimpin PAS ketika itu tidak bersetuju dengan Perikatan dalam banyak perkara, tetapi apabila menyentuh soal kesucian Islam mereka turut sama berpadu tenaga atau sekurang-kurangnya mereka berdiam diri.
Yang mencabar kesucian agama dan bangsa melayu ketika itu hanyalah terdiri dati pemimpin pembangkang DAP dan Gerakan yang jelas memperjuangkan kepentingan bangsa mereka.
Hari ini suara-suara yang mencemar kesucian Islam bukan datang secara lanagsung dari pemimpin DAP cina, tetapi suara sumbang ini keluar dari mulut pemimpin melayu Islam dalam PKR dan PAS.
Seruan ke arah pluralisma agama datang dari mulut Anwar Ibrahim. Sikap yang diambil oleh Anwar ini turut memudahkan kerja IFC yang dipelopori oleh Bar Council untuk menyeragamkan kepercayaan antara agama dan menuntut hak samarata antara agama di negara ini.
Keterbukaan dan kebebasan memilih kepercayaan agama termasuk oleh umat melayu datang dari mulut Nurul Izah yang bersuara dari dalam gereja.
Yang paling hina ialah usaha pembendungan yang cuba dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin PAS telah ditentang oleh kepimpinan PAS sendiri hingga ada yang dipecat tanpa bicara dari PAS.
Usaha pembendungan gejala yang meruntuhkan oleh kerajaan yang memerintah pula telah disalahtafsirkan hingga UMNO dan pemimpin kerajaan pula yang dilabel sebagai rasis agama dan rasis kaum.
Jika menurut fahaman Anwar, apa saja kerja yang dilakukannya tidak harus dibendung. Jika ada pihak yang cuba membendung dan membenteras gejala "fahaman rojak" yang dibawanya, bermakna mereka itu zalim, menindas dan mengongkong kebebasan hak asasi manusia.
Kesimpulan mudah yang dibuat oleh Anwar ialah pemerintahan kerajaan hari ini harus ditamat dan dibatu nisankan. Kerajaan hari ini bobrok, zalim dan hanya tahu untuk menyelamatkan kuasa, keluarga dan kroni semata-mata. Gejala rakus dan zalim ini adalah kerja UMNO sahaja. Kerja pengayaan kroni dalam kerajaan mereka adalah suci. Kepimpinan nepotisma yang diamalkan dalam PKR dan DAP adalah nepotisma suci. Ia hanya dikatakan salah jika ianya berlaku dalam UMNO.
Penipuan dan pengeliruan pemikiran rakyat ini adalah kemahiran Anwar yang menyamai kehalusan kerja yahudi dan zionis dalam usaha menakluki dunia.
Lihatlah endorsement PBB terhadap kerja halus zionis yang berjaya meletakkan terma "pengganas" hanya kepada umat Islam dan pejuang Islam. Kerja zalim zionis dan yahudi yang menghuru-hara dan menjatuhkan kerajaan Islam yang tidak bersama mereka dianggap sebagai suatu kewajiban dan suci.
Lihatlah bagaimana mereka menterbalikkan keadaan. Yang ganas dan salah dianggap benar, manakala yang benar-benar tertindas dianggap pengganas dan zalim dan harus dijatuhkan.
Suasana inilah yang sedang berlaku dan sedang disemarakkan oleh Anwar di tanah air ini. Semacam sudah menjadi suatu endorsement, Kerja zalim dan sesat yang mereka lakukan sudah ditermakan sebagai "suatu tuntutan perjuangan" yang mesti disokong, manakala segala usaha dan autoriti yang ada pada kerajaan yang memerintah sudah dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan mengekalkan kuasa UMNO, kroni dan suku sakat.
Semua pemimpin pembangkang terjerat dengan permainan halus didikan zionis yahudi yang dijayakan oleh Anwar. Pemimpin cina DAP tidak ada masalah langsung dengan gaya dan cara Anwar kerana ia sangat bersesuaian dengan kehendak DAP. Yang paling "menyayukan hati" ialah melihat pemimpin PAS yang berserban terjuntai juga telah berjaya dipocong dan dijerat oleh kerja halus Anwar ini.
Tidak dapat disangkal lagi, bahawa modus operandi Anwar sangat mirip dengan modus operandi zionis yahudi. Bagaimana dunia tertipu dengan permainan halus zionis yahudi, begitulah rakyat Malaysia tertipu dan terkeliru dengan permainan perang minda yang dilakukan oleh Anwar.
Tiada siapa dapat mengawal gejala ini dari terus merebak dan membakar hangus pemikiran harmoni rakyat negara ini kerana terlalu sedikit di kalangan rakyat yang memahami situasi merbahaya untuk negara yang sedang dijayakan oleh Anwar ini.
Rakyat tidak tahu bahawa yang sedang mereka genggam di tangan itu adalah gillette yang bakal memotong dan mencederakan tangan-tangan dan jari-jari mereka. Kita yang tahu dan cuba menasihatkan mereka dituduh pula cuba mengongkong dan menindas kebebasan mereka untuk berbuat apa saja.
Kita kata perbuatan mereka menjejaskan akidah, mereka kata kita menyeleweng dan memutarbelitkan fakta. Kita kata amalan LGBT ini songsang, mereka kata kita mengongkong kebebasan mereka. Kita kata perkongsian yang dilakukan oleh PAS hari ini boleh menjerumuskan umat Islam kearah kemerosotan dan manipulasi DAP, mereka kata UMNO terlalu gentar untuk kehilangan kuasa.
Jadi kesimpulannya, kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk menyelamatkan keadaan ini dari menjadi lebih parah.
Yang boleh menyelamatkan situasi di negara ini dari menjasi lebih parah hanyalah Raja-Raja Melayu dan kuasa-kuasa yang telah diperuntukan kepada Yang DiPertuan Agung.
Malayan Union berjaya dibendung dan kekuatan melayu terserlah hanya apabila Raja-Raja Melayu tersentak dan bangkit untuk menyelamatkan tanah air dan bangsanya pada tahun 1946.
UMNO yang wujud ketika itu hanyalah platform yang digunakan untuk menyelamatkan Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini. Pada hakikatnya kuasa melayu itu mendapat endorsement hanyalah apabila Raja-Rajanya turut serta bangkit menyelamatkan keadaan.
Sejarah mungkin berulang lagi dan lagi. Sudah sampai ketikanya Raja-Raja melayu mengambil tempat diposisi "menyelamat kembali negara bangsa" ini yang sudah benar-benar mahu tergugat.
Titik nokhtah dan sempadan kepada semua gejala yang memusnahkan ini harus dibina sekarang, sebelum keadaan sudah terlalu lewat.
Pengajaran harus diberi kepada pemimpin-pemimpin yang cuba membawa negara bangsa ini ke suatu arah baru yang unprecedented kerana arah itu sangat merbahaya.
Pengajaran juga harus diberi kepada kerajaan yang memerintah hari ini bahawa "mereka selaku pemerintah berkewajiban untuk melakukan pencegahan awal dari berlakunya kemusnahan" total kepada negara yang sudah begitu "structured" yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.
Jika dulu, pemimpin-pemimpin ini yang mendesak sehingga Raja-Raja Melayu bangkit dari tidor, hari ini giliran Raja-Raja Melayu pula untuk bangkit dan menyelamatkan negara bangsa ini di atas "SATU SEBAB", iaitu pemimpin yang membina negara ini dahulu telah menyerahkan suatu peruntukan keramat KHAS buat Raja-Raja Melayu, iaitu Peruntukan Fasa 3, Perkara 150 Perlembagaan negara yang mana Yang Dipertuan Agung diberi kuasa untuk memanggil sidang Khas Parlimen atau menggantung parlimen seperti yang pernah dilakukan sewaktu negara ini mahu dikeluarkan dari keadaan anarki pasa 13 Mei 1969…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
UMNO yang wujud ketika itu hanyalah platform yang digunakan untuk menyelamatkan Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini. Pada hakikatnya kuasa melayu itu mendapat endorsement hanyalah apabila Raja-Rajanya turut serta bangkit menyelamatkan keadaan.
Sejarah mungkin berulang lagi dan lagi. Sudah sampai ketikanya Raja-Raja melayu mengambil tempat diposisi "menyelamat kembali negara bangsa" ini yang sudah benar-benar mahu tergugat.
Titik nokhtah dan sempadan kepada semua gejala yang memusnahkan ini harus dibina sekarang, sebelum keadaan sudah terlalu lewat.
Pengajaran harus diberi kepada pemimpin-pemimpin yang cuba membawa negara bangsa ini ke suatu arah baru yang unprecedented kerana arah itu sangat merbahaya.
Pengajaran juga harus diberi kepada kerajaan yang memerintah hari ini bahawa "mereka selaku pemerintah berkewajiban untuk melakukan pencegahan awal dari berlakunya kemusnahan" total kepada negara yang sudah begitu "structured" yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.
Jika dulu, pemimpin-pemimpin ini yang mendesak sehingga Raja-Raja Melayu bangkit dari tidor, hari ini giliran Raja-Raja Melayu pula untuk bangkit dan menyelamatkan negara bangsa ini di atas "SATU SEBAB", iaitu pemimpin yang membina negara ini dahulu telah menyerahkan suatu peruntukan keramat KHAS buat Raja-Raja Melayu, iaitu Peruntukan Fasa 3, Perkara 150 Perlembagaan negara yang mana Yang Dipertuan Agung diberi kuasa untuk memanggil sidang Khas Parlimen atau menggantung parlimen seperti yang pernah dilakukan sewaktu negara ini mahu dikeluarkan dari keadaan anarki pasa 13 Mei 1969…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.