Alor Setar: PAS sedia berdialog dengan UMNO dalam isu membabitkan masa depan Islam dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan UMNO, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan kepentingan bersama.
"PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan UMNO sahaja, tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik.
"Kita sedia bincang dengan UMNO, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah tutup pintu dengan UMNO," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.