Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, September 10, 2013

MNLF tawan ratusan penduduk di Zamboanga Filipina.


MNLF tawan ratusan penduduk di Zamboanga
9 September 2013

MANILA - FILIPINA. Kira-kira 250 penduduk kampung ditahan sebagai tebusan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di dua lokasi berasingan di Zamboanga, Mindanao, hari ini.
 
Beberapa jam sebelum insiden itu, unit peronda tentera laut dilaporkan bertempur dengan pemberontak MNLF yang tiba di bandar itu dengan motobot.
 
Dipetik Agensi, Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar memaklumkan, enam termasuk empat orang awam terkorban, manakala lebih 20 cedera dalam kejadian tersebut.
 
Dalam satu kenyataan, Jeneral Rey Ardo menggesa penduduk supaya bertenang dan sentiasa berwaspada jika MNLF menceroboh ke kawasan lain di Mindanao Barat.
 
"Kami mengintip pergerakan MNLF sejak tiga hari lalu. Kami tidak dapat memberikan jumlah sebenar pemberontak MNLF yang terlibat dalam serangan itu," jelasnya.
 
Menurutnya, pihak berkuasa percaya, serangan kali ini bukan diketuai pemimpin MNLF, Nur Misuari sebaliknya ia didalangi komander Habier Malik.  
 
Pihak berkuasa juga turut meningkatkan kawalan di beberapa lebuh raya dan kawasan kejiranan di Rio Hondo dan memindahkan lebih 1,400 penduduk dan tentera tambahan dari Semenanjung Zamboanga dan Basilan juga dikerah ke bandar berkenaan. - Sinar Harian
9 September 2013

MANILA - FILIPINA. Kira-kira 250 penduduk kampung ditahan sebagai tebusan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di dua lokasi berasingan di Zamboanga, Mindanao, hari ini.

Beberapa jam sebelum insiden itu, unit peronda tentera laut dilaporkan bertempur dengan pemberontak MNLF yang tiba di bandar itu dengan motobot.

Dipetik Agensi, Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar memaklumkan, enam termasuk empat orang awam terkorban, manakala lebih 20 cedera dalam kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan, Jeneral Rey Ardo menggesa penduduk supaya bertenang dan sentiasa berwaspada jika MNLF menceroboh ke kawasan lain di Mindanao Barat.

"Kami mengintip pergerakan MNLF sejak tiga hari lalu. Kami tidak dapat memberikan jumlah sebenar pemberontak MNLF yang terlibat dalam serangan itu," jelasnya.

Menurutnya, pihak berkuasa percaya, serangan kali ini bukan diketuai pemimpin MNLF, Nur Misuari sebaliknya ia didalangi komander Habier Malik.

Pihak berkuasa juga turut meningkatkan kawalan di beberapa lebuh raya dan kawasan kejiranan di Rio Hondo dan memindahkan lebih 1,400 penduduk dan tentera tambahan dari Semenanjung Zamboanga dan Basilan juga dikerah ke bandar berkenaan. 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat