Kes warga Filipina lancar serangan di Lahad Datu
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal seorang warga Filipina yang didakwa melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan menyertai serangan pengganas di Lahad Datu, awal Februari lalu.
Bantahan awal Pabblo Alie yang diwakili peguam bela, Rowiena Rashid adalah berhubung dua pertuduhan ke atasnya, yang didakwa cacat kerana pendakwaan tidak menyatakan butiran terperinci kesalahan itu.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal seorang warga Filipina yang didakwa melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan menyertai serangan pengganas di Lahad Datu, awal Februari lalu.
Bantahan awal Pabblo Alie yang diwakili peguam bela, Rowiena Rashid adalah berhubung dua pertuduhan ke atasnya, yang didakwa cacat kerana pendakwaan tidak menyatakan butiran terperinci kesalahan itu.
Pabblo turut memohon supaya perbicaraan terhadapnya diadakan secara berasingan daripada tertuduh lain.
Tidak prejudis
Hakim Stephen Chung Hian Guan menolak bantahan awal itu selepas memutuskan kedua-dua tuduhan dikemuka kan pendakwaan, masing-masing mengikut Seksyen 121 dan 130KA Kanun Keseksaan tidak menyebabkan prejudis kepada tertuduh.
“Dalam kedua-dua tuduhan itu, pendakwaan ada menyatakan seksyen terbabit dan menerangkan jenis kesalahan dilakukan iaitu melancarkan peperangan terhadap YDPA dan menjadi anggota kumpulan pengganas. Ia juga tidak munasabah mengadakan perbicaraan berasingan,” katanya.
Terdahulu dalam hujahnya, Rowiena berkata, pertuduhan ke atas anak guamnya terlalu umum dan pihak pendakwaan tidak menyatakan dengan terperinci kesalahan dilakukannya.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pula berhujah tiada isu pertuduhan cacat kerana pihaknya tidak perlu membuktikan kes dalam kertas pertuduhan, selain pembelaan membuat permohonan melampau menuntut pendakwaan memberi nama kumpulan pengganas.
“Undang-undang menyatakan kami tidak perlu menamakan atau mengklasifikasikan kumpulan pengganas dan perlu diingat kumpulan itu boleh menukar nama bila-bila masa,” katanya.
Perbicaraan yang sepatutnya bermula semalam selama dua minggu ditangguhkan, selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam 25 warga Filipina, Datuk N Sivananthan untuk menangguhkan prosiding atas alasan memerlukan masa meneliti semua dokumen dikemukakan pendakwaan serta mendapat arahan lanjut anak guam.
Hian Guan kemudian menetapkan 1 November ini bagi sebutan kes sebelum memutuskan tarikh perbicaraan awal tahun depan.
Penjara jadi mahkamah
Dalam prosiding semalam, semua tertuduh iaitu 27 warga Filipina dan tiga rakyat tempatan dibawa ke dalam dewan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah di Kepayan, yang diisytiharkan mahkamah terbuka, jam 9.05 pagi.
Pintu masuk penjara dan kawasan sekitar dikawal ketat dengan hanya 10 petugas media, termasuk dua wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.