TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, September 14, 2013

Filipina di jangka menggunakan angkatan udara bagi melumpuhkan Pemisah MNLF.

  
Foto Tentera kerajaan Filipina terus memburu pemisah MNLF di Zamboanga.
Foto Pertempuran antara tentera Filipina dan MNLF menyebabkan satu kawasan kediaman terbakar.

Manila: Kerajaan Filipina semalam, memberi kata dua kepada pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari supaya meletak senjata mereka atau diserang tentera.Amaran itu diberi pada hari keempat krisis di Zamboanga selepas pemisah MNLF menyerang bandar itu dan menjadikan ramai penduduk sebagai perisai manusia hingga menimbulkan ketakutan di kalangan mereka.

Tiba masanya untuk kamu bekerjasama menyelesaikan keadaan ini secara aman secepat mungkin” Edwin Lacierda, Jurucakap Presiden Benigno Aquino

Seramai 1,500 askar Filipina sudah mengepung enam kawasan pemisah MNLF berkubu.Jurucakap Presiden Benigno Aquino, Edwin Lacierda, berkata kerajaan sedia menunjukkan keazamannya bagi menyelesaikan masalah.

“Tiba masanya untuk kamu bekerjasama menyelesaikan keadaan ini secara aman secepat mungkin,” kata Edwin.

Pantau keadaan
Apabila didesak mengenai amaran kerajaan untuk menyerang pemisah di Zamboanga, Lacierda berkata: “Kami akan menilai keadaan setiap hari. Kami mengkaji semua kemungkinan yang bakal terjadi.”

Kenyataan terbaru itu dibuat selepas Presiden mengadakan mesyuarat tertutup dengan beberapa anggota Kabinet di Istana Malacanang.

Sehingga kini, Benigno mengarahkan pihak berkuasa memastikan penyelesaian secara aman dalam kejadian berkenaan selain memastikan keselamatan penduduk.

Edwin juga merujuk kepada tindakan pemisah MNLF terbabit yang memberitahu mahu mengadakan perhimpunan untuk keamanan tetapi membawa senjata ke sana.

Setakat ini, 12 orang terbunuh dan 21 lagi cedera di Zamboanga.

Sementara itu, 100 pemisah MNLF terbabit menyerang bandar kedua dekat pelabuhan yang menjadi tempat mereka menahan tebusan yang bermakna kawasan krisis bertambah kepada dua.

Serangan terbaru diketuai pemisah Abu Sayyaf dan militan lain di bandar Lamitan, Pulau Basilan, kata pegawai.

Bagaimanapun, serangan itu dipatahkan oleh tentera kerajaan selepas pertempuran berlangsung sejam.

Militan maut

Beberapa militan maut manakala dua askar cedera, kata Kolonel Carlito Galvez.

Basilan terletak tidak jauh dari Zamboanga. Mengulas pembabitan Abu Sayyaf, Carlito menyifatkan kumpulan itu berharap dapat memperluas pengaruh dan penyokongnya.

Panglima Abu Sayyaf yang dikehendaki Manila, Isnilon Hapilon dan Puruji Indama mengetuai serangan itu.

Gabenor Mujiv Hataman berkata, pihak berkuasa mengetahui lebih awal serangan di Basilan sekali gus membolehkan mereka memindahkan penduduk. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat