Sabtu lalu kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56. Namun, di sebalik kemeriahan dan keriuhan sambutan, masih wujud segelintir masyarakat yang bukan saja tidak menjiwai makna kemerdekaan, malah berlaku biadab dengan mengibarkan bendera baru menggantikan Jalur Gemilang.
Tahun lalu ketika malam sambutan hari kemerdekaan, kelompok sama mengibarkan bendera dinamakan Sang Saka Malaya. Beberapa risalah turut diedarkan mengajak rakyat mengatakan ‘tidak’ kepada Jalur Gemilang.
Pemimpin pembangkang kerap mempersoalkan Jalur Gemilang. Pada September dua tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Kota Alam Shah waktu itu, M Manoharan pernah menegaskan pembangkang akan menukar bendera jika memperoleh kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Malah, bekas Menteri Besar Perak (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempersendakan Jalur Gemilang dengan menggelarkan ‘jalur malang.’
Apa jua justifikasi yang cuba diberikan, yang pasti perbuatan terkutuk sebegini bukan fenomena lumrah di negara berdaulat seantero dunia. Pengalaman penulis ke luar negara menyaksikan upacara sambutan kemerdekaan mereka, tidak pernah terdengar masyarakatnya mempertikaikan aspek fundamental yang membabitkan simbol kenegaraan seperti bendera.
Bendera maruah negara
Malah mengibar bendera pada sambutan hari kemerdekaan adalah simbol penting bagi setiap warga di negara luar tanpa mengira ideologi politik. Bendera adalah identiti negara-bangsa yang ada kepentingannya tersendiri sebagai lambang kedaulatan serta maruah negara.
Sebab itulah dalam Islam, bendera menempatkan posisi penting dalam lipatan sejarah pembentukan dan pembinaan daulah atau negara Islam. Apabila Rasulullah SAW mewujudkan negara Islam pertama di Madinah pada 622 Masihi, Baginda turut memperkenalkan bendera dikenali sebagai Al-Liwa.
Dalam satu riwayat, Ibnu Abbas pernah menjelaskan ciri-ciri bendera yang diperkenalkan Nabi SAW: “Bahawa bendera Nabi Muhammad SAW berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.” Dalam riwayat yang lain: “Pada bendera Nabi Muhammad SAW tertulis kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.”
Dalil lain yang menunjukkan kepentingan bendera dapat dilihat daripada perbuatan (af’al) Nabi Muhammad SAW. Ketika pembukaan kota Makkah, Baginda selaku ketua negara membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Daripada Jabir: “Bahawa Nabi Muhammad SAW memasuki Makkah dengan membawa bendera Al Liwa’ berwarna putih.” (HR Ibnu Majah).
Bendera turut memainkan peranan penting ketika jihad al-qital (peperangan). Bendera utama biasanya dipertanggungjawabkan kepada panglima jihad. Mungkin ada baiknya kita menelusuri peperangan ketika hidup Nabi SAW iaitu Peperangan Muktah pada tahun ke-8 Hijrah.
Bendera di medan perang
Dalam peperangan itu, Rasulullah SAW secara simbolik menyerahkan bendera kepada sahabatnya, Zaid Harithah yang dilantik sebagai panglima perang bagi mengepalai 3,000 tentera Islam yang bakal berdepan 200,000 tentera musuh. Rasulullah SAW berpesan, jika Zaid terbunuh, penggantinya ialah Jaafar Abi Talib dan Jaafar terbunuh, penggantinya ialah Abdullah Rawahah.
Dalam peperangan itu Zaid bertarung dengan hebat sehingga ditusuk lembing musuh. Lantas Jaafar mencapai bendera daripada tangannya sebelum tangan kanan beliau yang meme-gang bendera putus dipancung musuh dan beralih ke tangan kirinya. Apabila tangan kirinya pula putus, bendera dipeluk dengan kedua-dua lengannya. Saat Jaafar terbunuh, ia masih mengangkat bendera itu sehingga tubuh Jaafar terbelah dua dicantas tentera Rom.
Demikian hebatnya daya juang dan keperibadian sahabat Nabi SAW yang terus mempertahankan bendera dan panji-panji Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Ternyata bendera atau panji adalah simbol maruah serta lambang terpenting kedaulatan dan kebebasan sehingga Nabi SAW sendiri meletakkannya pada kedudukan yang tinggi.
Namun, apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, bendera bagaikan tidak lagi makna bagi segelintir manusia yang rakus untuk berkuasa. Kebencian yang meracuni diri telah memudarkan nilai patriotik sesetengah warga hingga tergamak melakukan perbuatan biadab dan tidak bertamadun seperti memperkotak-katikkan bendera negara sendiri.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.