Monday, September 2, 2013
Anwar mahu bertemu BN, bincang masalah rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.
Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).
“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.
Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.
Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.
“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.
“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.
“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi kebebasan sepenuhnya bagi menyiasat pembabitan rasuah tokoh besar di samping pihak polis digesa untuk menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Anwar berkata, kerajaan harus segera menghentikan kegiatan menghasut rakyat menggunakan media arus perdana serta tidak menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai alat bagi menyampaikan propaganda kerajaan.
“Dalam usia kemerdekaan negara mencecah 56 tahun, negara masih berdepan dengan isu polarisasi kaum dan menghadapi bibit perpecahan dalam agama. Masyarakat sepatutnya dididik untuk menjadi lebih matang bukan didedahkan dengan agenda politik sedemikian.
“Kita harus bertanya adakah hari ini Perlembagaan Persekutuan subur diamalkan dalam negara atau sudah ada pencabulan terhadap kanun negara itu,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat1 day ago
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"5 years ago
-
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.