Dari situ, pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembab, korup dan bodoh. Pantang ada kesempatan, pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.
Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan. Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan.
Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku. Sejak dari itu, jenayah bunuh, sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari. Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.
Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat.
Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan. Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula.
Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat.
Namun, kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi. Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.
Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.
Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik. Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daridapa politik.
Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan pengkhianat. Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.
Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.